By Megat Ali Megat Alang
KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri, rakyat negara ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua tuduhan menghantar komen yang jelik ke laman web pejabat Sultan Perak dengan niat menyakitkan hati orang lain. Ahli perniagaan Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan isterinya Fatimah Maisurah Abdullah, 34, seorang peguam, dituduh menghantar komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my.
Mereka didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di No. 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga di sini pada 7.57 pagi dan 8.01 pagi, 14 Februari. Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1958 (AKta 588) yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim kemudian menetapkan 20 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Azmi Ariffin. Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Zainuddin berkata pihaknya akan mengemukakan satu representasi kepada Pejabat Peguam Negara supaya kedua-dua pertuduhan terhadap anak guamnya dipertimbangkan selain menggugurkan pertuduhan terhadap Fatimah. (Sumber BERNAMA/Mstar online)
3 comments:
Dear Hj Mohammad Hashim,
One thing i didn't understand visiting your blog is that is your blog an islamic blog or it is an explicted images presenter...
I realized that you have something about Quran and Isalam from the content of your blog and i unfortunatly do not understand Malaysian language to read your blog.
Thanks,
you need to learn Malaysian Language first. You even don't know how to spell the word "Islam " properly.
You need to have some level of education before you can comment on something.
It is like the person who comment about snooker game when he even don't know how many balls are on the table when the game start.
Apa nak jadi dengan Melayu la ni. Ada parti Melayu pun dah hancioq.
Ada sultan pulak dihina dina oleh kaum sendiri.
Zaman Rasulullah s.a.w. mensyiarkan Islam dulu pun Baginda dihina dan dicabar tak henti-henti oleh puak Quraish sendiri. Namun Baginda teruskan jua usaha mulia menyebar agama Allah. Akhirnya "segala kemuliaan mengatasi penghinaan". Umatnya sekarang mencecah 1.6 billion! Walaupun seluruh negara Denmark menghina Baginda, seluruh umat Islam mempertahannya. Akibatnya Denmark sekarang lumpuh ekonominya akibat diboikot.
Patik pacal yang hina ingin mengesyorkan kepada sultan-sultan supaya melaksanakan kembali amanah Rasulullah s.a.w. mensyiarkan Islam di negeri masing-masing bersesuaian dengan tanggungjawab utama sebagai Ketua Agama Islam.
Patik amat yakin dengan mengutamakan amanah ini, segala kutukan dan hinaan akan lenyap dan seluruh rakyat jelata akan mempertahan sultan mereka.
Post a Comment