Friday, April 17, 2009

2 Cara Rai Tetamu..


Songkran Festival adalah perayaan menyambut tahun baru Thailand yang tahun ini jatuh pada hari Minggu, 13 April 2008. Perta siram air kepada orang ramai, di tengah jalan dari pagi hingga malam!

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Thailand 2.


PERJALANAN diteruskan ke Udonthani, seseorang dari kumpulan anak muda seperti yang diceritakan dalam catatan perjalanan Thailand lepasEkonomi Merudum: Dunia, Masih Tak Mahu Belajar.’ yang beragama Buddha itu, mengajak saya ke rumahnya, untuk melihat bagaimana mereka meraikan sempena sambutan hari kebesaran ‘songkran’ dalam masyarakat mereka.

Saya tertarik dan mengikutnya. Rupanya dia adalah dari keluarga sederhana dan terpelajar juga. Rumahnya agak sederhana berhampiran dengan Pasaraya Macro di bandar itu. Ibu bapanya adalah guru. Seluruh adik beradiknya 6 orang semuanya guru, kecuali se orang yang lelaki adalah pegawai polis. Dia pernah belajar di Jepun, dan berkahwin dengan seorang lelaki Cina dari Malaysia, yang akhirnya membuka restoran Kopitiam di Pandan Indah Kuala Lumpur.

Saya sewa bilik di sebuah kondominium yang berhampiran. Malamnya saya ke rumahnya. Amat kecewa saya bila majlis sambutan perayaan itu tiada langsung kaitan dengan agama mereka. Mereka sambut dan hormati saya dengan minuman arak dan permainan judi. Saya tolak pelawaan mereka dengan baik, walaupun mereka amat menghormati saya. Saya terpaksa keluar dari majlis itu walaupun dengan senyum pahit.

Akhirnya adik lelaki wanita itu menemani saya mencari kedai makan Islam tetapi tiada berjumpa. Dia bawa saya ke pusat-pusat hiburan malam dan ke tempat-tempat pelacuran, menambahkan tidak senang lagi saya.

“Saya terlalu letih, sila hantarkan saya ke bilik.” Itulah keputusan yang saya buat. Dia pun bersetuju, selamat saya malam itu…

Besoknya saya jumpa juga mencari kedai makan Islam. Cuma ada sebuah di bandar yang sebesar Hat Yai itu, tepi sebuah masjid. Di situlah saya berkenalan dengan masyarakat Islam di sana. Seorang anak muda bujang bernama Roslan mengajak saya tidur di rumahnya. Dia berasal dari Betong selatan Thai, bersama 2 lagi kawan-kawan yang mencuba nasib berniaga di rantau orang.

Sudah tiga empat tahun mereka berusaha, dan berjaya memiliki sebuah kereta tiap orang. Bukan itu saya, mereka termasuk tenaga penggerak perkembangan Islam di sana. Kata mereka, “Se siapa yang nak ke sini, sila ziarah kami. Kami sedia membantu anda, jila perlu.. Yang kerap datang ke sini ialah duta Malaysia di Laos, kerana bersempadan dan berhampiran dengan bandar ini."

Ibnu Hasyim
Udonthani,
Thai.

..bersambung..


No comments:

Post a Comment