Thursday, April 23, 2009

Pistol & Hebatnya Jamaah Tabligh…

Gambar bawah: masih di Poi Pet.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan Thai-Kemboja

MASIH di Poi Pet City.. di kedai makan Islam pagi itu, kira-kira 20 orang kumpulan dari Jamaah Tablig dari Kampong Cham singgah makan. Mereka mengajak saya ziarah atau tidur di masjid di situ. Saya menziarahi mereka lepas sholat isyak. Akhirnya mereka ajak saya makan bersama-sama sambil berbual-bual kongsi pengalaman.

Makan dengan tangan beberapa orang dalam satu dulang itu adalah biasa. Ada anak-anak muda yang hendak tidur mulai memasang kelambu dalam masjid, mungkin kerana banyak nyamuk. Walaupun begitu masih ada yang berzikir dan wirid. Namun di luar, hujan masih turun renyai-renyai dan mulai membanjiri halaman masjid. Begitu, suatu tarbiah dan latihan pengorbanan dalam menyebarkan Islam, terutama di kawasan kampung-kampung yang dilanda kemiskinan.

Teringat cerita kawan saya semasa beliau belajar di Amerika Syarikat (AS) dan mengikuti gerakan Jamaah Tabligh di sana selepas berlaku peristiwa serangan September 11, 2001, yang di tuduh oleh Presiden Bush waktu itu adalah dari kumpulan Islam. Dalam suasana pengapian dan kepanasan balas dendam itu, gerakan Jamaah Tabligh terus digerakkan menggempur penerangannya di kalangan masyarakat Amerika. Katanya…

“Suatu hari saya membawa tiga orang pemimpin Jamaah Tabligh menemui seorang lelaki Negro gangster yang memeluk Islam. Lelaki itu berada di tengah-tengah kumpulannya yang duduk di suatu meja. Dengan wajah bengis, ganas dan badan yang dipenuhi tato, apabila si tabligh ini menerangkan tujuannya, tiba-tiba seorang dari mereka bukan lelaki Islam itu mengeluarkan pistol membenamkan ke perut si tabligh itu, sambil berkata, “Kamu kata, God bless America!”

“Kamu yang kata Allahu Akbar!” Jawab spontan si tabligh itu dengan tegas dan keras. Tiada takut langsung.

Si Negro itu mengulangi lagi, tetapi dijawab oleh si tabligh itu dengan kata yang sama tetapi lebih tegas dan keras lagi, sehingga beberapa kali. Tetapi rupanya kata-kata Negro itu makin perlahan dan terasa tangannya yang memegang pistol itu mula geletar. Makin longgar dan akhirnya pistol itu terlepas dari tangan lalu jatuh.

Kata si tabligh, “Sebenarnya kami ke sini untuk membawa perdamaian. Menerangkan ke Esaan Allah. Yang disampaikan melalui penyampainya Muhammad, membawa risalah melalui bukunya Al-Quran supaya percaya kepada ketentuan dan hidup sesudah hidup!”

Cetusan kata-kata yang membangkitkan semangat berfikir kepada kumpulan gangster di meja itu, akhirnya menyebabkan mereka memilih Islam.”

Jelas kawan saya pelajar di AS itu lagi yang kini sudah berada di Malaysia dan sekali sekala berceramah di tv Malaysia. Katanya lagi…

Rupanya baru saya tahu si tabligh itu adalah seorang yang berpengalaman tinggi. Beliau adalah rakyat Amerika yang memeluk Islam, berpengalaman bertabligh kepada 3 kelompok rakyat Amerika…

i.Kepada ‘golongan hippies’ remaja terlanjur suatu ketika dulu,
ii..Kepada golongan kulit hitan yang tersasar sesat, mereka menganggap kaum kulit hitam lebih mulia dari manusia lain di dunia,
iii..Dan kepada sasaran biasa, mendampingi orang-orang seperti Malcom X, Muhammad Ali bekas juara tinju dunia dan lain-lain.

Si tabligh itu juga turut pergi bertabligh hingga ke Pakistan dan pernah turut berperang bersama mujahaidin di Afghanistan. Kini menetap dan berdakwah di AS. Saya pernah bertanya beliau, berapa ramai yang berjaya diIslamkan melalui beliau sepanjang lebih 30 tahun beliau bertabligh? Katanya, “…Yang saya rekod hingga ke angka 2,000 orang, lepas itu dah tak ingat lagi!” Jelas kawan saya itu lagi.

Kawan saya itu ada menyebut nama beliau, tetapi saya masih belum meminta izin dari pimpinan Jamaah Tabligh itu, untuk paparkan di sini. Tetapi yang penting ialah usaha dakwah dari sebuah pertubuhan Islam yang bergerak di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam negara bukan Islam. Tarbiah, didikan dan pengalaman adalah seperti yang dijalani di depan mata saya ini.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
April 2009.
Lihat lagi..
E-Buku IH-13: Catatan Perjalanan

E-Buku IH-13: Catatan Perjalanan
Orang Melayu Kemboja
  

7 comments:

Zam said...

Tuan, saya ingin bertanya..dari stesten keretapi Aranyaprathet ke Poi Pet pengangkutan apa yang paling murah dan dari Poi Pet Ke Phon Phem

Ibnu Hasyim said...

Encik Zam,
Pertama ke Poi Pet dengan bas biasa.
Kedua, dengan teksi atau angkutan biasa. Murah kerana muatan berlebihan.. Jangan bimbang suasana aman.

Zam said...

terima kasih en.hashim..saya memang berminat hendak ke seam reap, phon phem dan saigon..saya akan mendapatkan info lebih lanjut dari en.hashim jika saya akan ke sana..terima kasih sekali lagi..

azharjaafar said...

Salam tuan punya blog.. cerita menarik. Terima kasih.. Pinjam ye..

Ibnu Hasyim said...

Boleh, Alhamdulillah.
Menarik biografi anda.

Anonymous said...

salam....tuan...
nie cerita real kan??...
@ sebaliknya?? minx copy ye...

Ibnu Hasyim said...

Ok. cerita betul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails