By Asyok Kumar. Rabu Apr 1, 2009
RADIO Tentera Israel pagi Selasa Mac31 2009 mengakui bahawa Israel telah melakukan serangan di Sudan, yakni penyerangan atas konvoi 23 kontainer, yang membawa beberapa pelancar roket jenis Fajr, dikatakan mampu menjangkau sasaran sejauh 45 km.
Dalam penyerangan itu, Israel menggunakan beberapa pesawat Amerika Syarikat tipe F-16 dan F-15 serta melibatkan beberapa pesawat tanpa manusia yang bertugas memotret hasil penyerangan. Untuk memastikan hancurnya sasaran, pengeboman dilakukan sekali lagi di lokasi yang sama.
“Sumber Israel, pertama kalinya mengakui beberapa pesawat tempurnya telah menyerang konvoi kontainer di Sudan dua bulan lalu, dengan dalih bahawa kendaraan-kendaraan itu mengangkut senjata dari Iran untuk dikirimkan ke Hamas di Gaza. Majalah Time pula menyebutkan, Isreal mengerahkan puluhan pesawat tempur dan beberapa pesawat tanpa manusia menyerang, beberapa hari sebelum pihak Israel menerima informasi mengenai konvoi tersebut…” Demikian ulas Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Dr Hj Mohd Hasyim sewaktu dihubungi pagi ini.
“Ah! Itu helah Israel untuk membenarkan tindakannya. Sama dengan helah kerajaan BN melalui Ketua Polisnya yang mengeluarkan amaran supaya isu Altantuya dan keputusan Sultan Azlan Shah dalam politik Perak tidak disentuh semasa berkempen, oleh mana-mana parti politik di 3 pilihan raya kecil itu (DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai). Mereka sebut pembangkang derhaka kepada Sultan, dan pemfitnah kes Altantuya boleh! Pembangkang nak jawab tak boleh? Demokrasi apa??” Sindir beliau lagi.
Sementara itu di Sungai Petani, ceramah pertama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Selambau di sini, malam tadi berlangsung tanpa menyentuh isu-isu yang dilarang polis iaitu mengenai wanita Mongolia Altantuya Sharibu, dan institusi Raja-Raja. (AK)
No comments:
Post a Comment