Thursday, April 23, 2009

Jihad: Dalam Diri Manusia Ada 2 Qutub...

Renungan 10 Minit Sebelum Tidur 3:

APA takrif Jihad?

Menurut bahasa, ‘Al-Jihaad’ adalah Masdar dari fi’il Ruba’iy: Jaahada. Berdasarkan wazan fi’il yang bermakna ‘Al-Mufaa’alatu min Thorfayin’ (iaitu ‘Saling berbuat dari kedua belah pihak’), seperti perkataan ‘Al-Jidal’ yang bermakna ‘Al-Mujaadalah’ masdar dari perkataan ‘Jaadal’. Dari fi’il Thulathi bagi perkataan Jihad adalah Jahida masdarnya Al-Jahdu, ertinya At-Thooqot (kekuatan), dan masdarnya Al-Juhdu artinya Al-Masyaqqot atau ‘jerih payah’.

Dan didalam Lisanul Arab : dikatakan ‘Al-Jahdu (Al-Jahd)’ ertinya Al-Masyaqqot (jerih payah), dan Al-Juhdu (Al-Juhd) ertinya At-Thooqot (kekuatan). Dan dalam Lisanul Arab juga terdapat perkataan Al-Jihaad maknanya : Istifrooghu maa fiil wus’i wattooqoti min qaulin aw fi’li (Ertinya ‘Mencurahkan segenap tenaga dan kekuatan baik berupa ucapan mahupun perbuatan.) Penulis Munjid mengatakan: ‘Jaahada Mujaahadatan wa Jihaadan ertinya Badzala wus’ah (Mengerahkan tenaganya) dan asalnya: Badzala kullum minhumaa juhdahu fii daf’i shohibih (Masing-masing di antara keduanya mengerahkan kekuatannya dalam menolak pasangannya)

Dan didalam tafsir An-Naisabury : Dan yang shahih sesungguhnya Al-Jihaad adalah ‘Badzlul Majhuudi fii Husuulil Maqshoudi’ (mengerahkan segala jerih payah untuk mencapai tujuan). Dari beberapa makna bahasa diatas dapat diperoleh Ta’rif Lughowi yang merupakan hakikat lughowiyyah bagi perkataan Al-Jihaad iaitu: Al-Jihaadu Huwa Istifrooghul Wus’i fiil Mudaafa’ati Bayna Thorofaina Walau Taqdiiroon, “Jihad adalah pengerahan kekuatan yang didalamnya saling tolak menolak antara dua kutub walaupun pada takdirnya (bukan pada zahirnya).”

Yang dimaksud dengan ‘takdir’nya ialah Jihadul Ihsan terhadap dirinya, iaitu: bahawa di dalam diri manusia itu ada dua kutub, ketika kedua keinginan yang saling berlawanan bertemu di dalam dirinya, maka masing masing berjihad untuk mengalahkan yang lain.

Bagaimana takrif Jihad menurut istilah syarak?

“Bahawasannya Jihad itu jika dinyatakan secara mutlak tanpa qayyid maksudnya adalah Qital (Perang) dan mengerahkan kemampuan daripadanya untuk meninggikan kalimatullah. Dan ta’rif Jihad yang lebih mendasar dan lebih mencakup adalah yang dinyatakan dalam Mazhab Hanafi iaitu: ‘Mencurahkan kemampuan dan kekuatan dengan berperang di jalan Allah SWT, dengan jiwa, harta dan lisan dan selain itu.’ (Al-Kisani, Badai’u Ash-Shanai’i 9/4299)

Ibnu Rusyd mengatakan: “Setiap orang yang meletihkan dirinya di dalam mentaati Allah, maka sungguh ia telah berjihad di jalanNya, kecuali bahawasanya perkataan ‘Jihad fi Sabilillah’ bila dinyatakan secara mutlak, maka dengan kemutlakannya itu tidak dapat diertikan selain dari: ‘Memerangi orang orang kafir dengan pedang, hingga mereka masuk kedalam agama Islam atau membayar Jizyah dari tangan mereka, sedang mereka dalam keadaan hina.’ (Muqaddimah Ibnu Rusyd 1/369)

Perkataan ‘fi Sabilillah’ jika dinyatakan secara mutlak atas sesuatu perbuatan, yang dimaksud adalah Jihad yang maknanya ‘Perang’. Oleh kerana itu kita lihat banyak para ulama penyusun berbagai kitab mencantumkan hadist-hadist yang mengandung perkataan ‘fi Sabilillah’ didalam bab-bab Jihad.

Misalnya Hadist: “Sesiapa yang berpuasa sehari fi sabilillah niscaya Allah menjauhkan mukanya dari api neraka 70 tahun perjalanan.” (Fathul Bari no. 2840, Kitabul Jihad, Bab Fadlus Soum fi Sabilillah 6/47). Untuk lebih menyakinkan kita rujuk kitab kitab: Shahih Bukhari, Sunan Nasai, Sunan Tirmidzi, At-Targhib wat Tarhib, dan lain-lain. Ibnu Hajar berkata: “Dan yang tidak memerlukan pemikiran yang panjang untuk memahami lafaz ‘fi sabilillah adalah Jihad.”

Wassalam dari Ibnu Hasyim.

2 comments:

  1. Salam.
    Berjihad secara berperang juga perlu kelengkapan yang seimbang.

    Walaupun kekuasaan Tuhan melampaui segalanya tetapi manakan bisa batu, pedang, AK47 dan pistol automatik berupaya melawan bom fosforus, helikopter Apache dan pesawat F16 dari pihak musuh?

    ReplyDelete
  2. Salam.bermula jihad dari dalam hati yang ikhlas kerana ALLAH dan RASUL..memerangi hawa nafsu ,mematuhi segala perintah menjauhi segala larangan Agama.. memerangi musoh Allah jihad yang paling utama ..tapi kini perjuangan jihad di salah tafsir sebagai haluan kiri atau penganas..hinga kan umat islam kini terus tertindas dan tidak di hormati..

    untuk berjihad kerana ALLAH ..soal senjata bukan ukuran..walaupun kekuatan musoh hebat dgn segala kekuatan namun perjuang islam yang berjihad kerana ALLAH pasti di geruni musoh..dan yakin lah jihad di jamin di sisi ALLAH..

    ReplyDelete