Rabu Apr 29, 2009. AS telah hilang kawalan di Afghanistan, menurut Richard Armitage, bekas deputi Kementerian Luar AS.
Renungan 10 Minit Sebelum Tidur 8:
Diperturunkan di sini pembahagian Jihad dari jenis lawan yang dihadapi..
Satu: Jihadun Nafsi.
Iaitu Pembinaan/Tarbiyyah manusia terhadap dirinya untuk mentaati Allah, menolak fitnah syahwat dan syubhat, dan melaksanakan ketaatan walaupun ia amat berat dan tidak disukai oleh hawa nafsunya.
Ibnul Qayyim membagi Jihadun-Nafsi ini menjadi 4 martabat (bahagian):
1. Jihadun Nafsi (Jihad terhadap diri) untuk memahami petunjuk dan dien yang haq.
2. Jihadun Nafsi (Jihad terhadap diri) untuk mengamalkan dien yang haq
3. Jihadun Nafsi (Jihad terhadap diri) untuk menyeru (Dakwah) kepada dien yang haq, untuk mengajar orang yang belum mengetahui.
4. Jihadun Nafsi (Jihad terhadap diri) untuk bersabar menghadapi kesulitan-kesulitan dakwah (menyeru) kepada Allah dan bersabar menghadapi gangguan makhluk, dan juga menanggung semuanya itu kerana Allah.
Selanjutnya Ibnul Qoyyim mengatakan : “Jika manusia telah menyempurnakan keempat martabat ini, maka jadilah ia termasuk kedalam golongan Rabbaniyin, kerana sesungguhnya Ulama Salaf sepakat bahawa orang alim tidak berhak digelar Rabbaniy sehingga ia mengetahui Al-Haq, mengamalkannya dan mengajarkannya. Oleh kerana itu, barang siapa yang telah mengetahui, mengamalkan dan mengajarkan Al-Haq, maka ia dipanggil sebagai manusia yang agung dalam kerajaan langit.
Oleh kerana pentingnya jenis Jihad ini terdapat keterangan didalam hadist yang menunjukan pengertian Jihad secara ringkas dan singkat:
Fudulah bin Ubaid RA berkata: Rasulullah RAW pada Hajjatul Wada’ (Ibadah Haji yang terakhir) bersabda : “ketahuilah kukhabarkan kepada kalian orang Mukmin ialah orang yang menyebabkan orang lain merasa aman baik harta mahupun jiwanya, Muslim ialah orang yang orang lain selamat dari lidah dan tangannya, Mujahid ialah orang yang berjihad terhadap dirinya dalam mentaati Allah dan Muhajir ialah orang yang meninggalkan kesalahan dan dosa.” (HR Ahmad)
Kedua: Jihadus Syaitan.
Iaitu Jihad melawan syaitan dengan menolak syahwat dan syubhat yang dilontarkan (godaan syaitan) kepada manusia. Jihad terhadap syaitan dengan menolak syubhat iaitu dengan ilmu yang manfaat dan warisan nabi-nabi sehingga membuahkan keyakinan yang teguh kedalam hati. sedangkan Jihad terhadap syaitan dengan menolak syahwat dan segala keinginan yang merosak, iaitu dengan perasaan takut kepada Allah dan banyak mengingat perjumpaan dengannya dan kedudukannya dihadapan Alla SWT.
Insya Allah akan bersambung kepada Jihadul Kuffar, Jihadul Murtaddien, Jihadul Bughat al-Kharijin dan banyak lagi.
Wassalam dari Ibnu Hasyim.
No comments:
Post a Comment