Tuesday, April 28, 2009

Kisah Membina Sebuah 'Jalanraya Cinta', Di Kampung Bujang Terlajak, India…

Gotongroyong membina' jalanraya cinta'..


By Asyok Kumar

UNIKNYA Kampung Barwaan Kala di barat Bihar, sebuah perkampungan terpencil yang terletak di tengah-tengah kawasan perbukitan bukau cukup tinggi dan hutan tebal di Kaimur, wilayah Bihar di utara India. Lokasinya agak terpencil dan terputus dari dunia luar. Kawasan cuma dikelilingi bukit menghijau dengan pokok-pokok kayu yang sunyi sepi. Selain helikopter, Barwaan Kala hanya dapat dihubungi dengan berjalan kaki. Itupun amat sukar.


Di sana bukan seperti jalan kaki biasa.. Perjalanan dua jam naik turun kawasan curam yang sangat berbahaya menyebabkan ramai wanita-wanita atau bakal calon isteri menghindar dari tempat itu. Di balik ketenangan dan anugerah hijau segarnya alam itu, rupanya terbukti tidak mampu memadamkan keresahan 120 penduduk lelaki yang masih membujang akibat ketiadaan wanita-wanita di situ. Sehingga kampong mereka di sebut-sebut sebagai ‘Kampung Orang Bujang’.


Mereka yang umumnya berusia antara 16 tahun hingga 80 tahun justru merindukan hadirnya kasih sayang wanita atau sebuah cinta, yang lebih tepat disebut, perlunya seorang isteri. Kerana wanita dan gadis yang dilahirkan di Barwaan Kala pun disuruh pergi untuk tinggal bersama keluarga di kampong tetangga supaya dapat jodoh yang baik. Tinggal di kampug itu alamat tidak ada jodoh, sangka mereka. Selain dari sebab-sebab itu, orang lain takut ke situ kerana adanya puak-puak militan Maois yang beroperasi di kawasan itu.


Balai polis dan hospital terdekat pun berjarak 45 km atau 28 batu. Dengan keadaan tanpa pembangunan di kampung itu, banyak keluarga dari pihak luar enggan mengahwinkan gadis mereka dengan pemuda-pemuda di desa itu. “Masalah besar kami dengan orang luar ialah sukarnya perhubungan..” keluh Ram Lal Yadav (40 tahun) yang juga masih bujang terlajak dari kampong itu.


Amarnath Tewary, seorang wartawan untuk The Pioneer, mengatakan, “Kerana berlaku pemergian begitu, ramai kaum perempuan mencari pasangannya orang-orang dari dunia luar," katanya dikutip The Times.


Kisah pesta perkahwinan terakhir di kampung itu disebut-sebut sebagai ‘50 dulu’. Mereka yang berjaya berkahwin pun dengan kaum kerabat terdekat.” kata Ram Chand Kharwar, seorang lagi pemuda bujang terlajak berusia 50 tahun.


Idea ‘sebuah jalanraya cinta’ harapan puak-puak bujang di desa itu mulai berputik dan bersinar terang setelah seorang calon wakil rakyat dari sebuah partai politik berkampen di desa itu. Beliau adalah Ram Chandra Singh Yadav yang berjanji kepada 1,500 warga di sana bahawa dia tidak akan berkahwin jika tidak membina sebuah jalanraya bagi warga desa itu. Namun, setelah terpilih pada PRU 2005, beliau berkahwin juga dan dapat seorang anak. Ideanya, terus berkembang.


Menurut Chandrama Singh Yadav pula, seorang aktivis sosial yang ikut membantu selesaikan masalah ini mengatakan, "Ini adalah lelaki yang memenuhi syarat (boleh berkahwin) namun kenyataannya, dunia tidak dapat menjangkaunya. Ada banyak perempuan di sekitarnya, oleh itu (membina) jalanraya adalah satu-satunya jawaban terbaik.” ujarnya.


Menangani kemelut penghuni Kampung Orang Bujang ini, adalah dengan menghubungkan kawasan tersebut dengan dunia luar, baru boleh dapatkan wanita idaman itu. Mereka, akhirnya setuju untuk bergotong royong membina jalanraya sepanjang enam kilometer yang diharapkan menjadi jambatan menghubungkan mereka dengan calon isteri dari kawasan lain. Kini, pemuda-pemuda desa memutuskan sendiri untuk mengambil tindakan. Dengan peralatan sederhana yang mereka miliki seperti sekop, cangkul, pahat, dan lain-lain sebagainya, si bujang dari desa ini terus membina jalan yang menghubungkan ke desa mereka.


Bujang terlajak..


Kira-kira 120 orang bujang desa itu sudah mulai berkerja. Mereka sudah membuka jalan sepanjang 3 km (1.8 batu) menuju kawasan bukit. Tinggal sekitar 3 km lagi jalan tersebut dapat menghubungkan desa mereka ke distrik Bhabhua. Kini hampir selama satu bulan setengah, jalanraya sepanjang dua kilometer pun sudah terbentang. Sayangnya mereka masih menghadapi hambatan peraturan dalam usaha meningkatkan jumlah orang yang berkahwin di kampung itu. Kerana ternyata, kawasan tersebut merupakan daerah suaka marga satwa yang dilindungi negara, dan pemerintah setempat mengawal warga Barwaan Kala itu.

(sumber, Times,dll. AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails