Siri 2 Bukit 1 Batang:
By Drs Rosdi Deraman
(Menulis dari Bukit Gantang)
KEHADIRAN calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan hangat yang mencabar maruah umat Islam di DUN Pilihan Raya Bukit Gantang..
Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert yang mempamerkan tiga gadis remaja berimej seksi berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak yang mengaibkan. Lebih aib dan mencabar umat Islam lagi bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir di majlis itu, majlis yang meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Tandanya, Umno sudah tidak kira halal haram lagi, berbuat apa saja demi kemenangan calon Melayunya. Itulah Umno, Pak Aji dan Pak Lebai nak sokong lagi? (RD)
Sila klik: Tuesday, March 31, 2009 Guna Artis Wanita Untuk Kempen Pilihan Raya, Apa Hukumnya?
4 comments:
Tu la bila berlaku krisis moral di kalangan pemuda-pemudi..semua salah pihak itu pihak ini...dah kerajaan pun tak tau halal haram...kerajaan itu umpama pengemudi kapal bile depa karam...anak kapal sure karam gak.... hehehe
http://tomyampoktek.blogspot.com/2009/04/beza-dua-klip-video.html
saudara blogger..
bukan nak menegakkan benang yg basah.. ttp apa bezanya klip BN & klip video yg disebarkan diatas..
Perasmian majlis lagi2 telah dibuat oleh muslimat PAS..
Saja nak provoke..saja nak malukan zahid!!
Mata kecik sebelah..
nak komen orang jea tapi saya pernah gie ceramah-ceramah PAS banyak kata-kata kesat,fitnah dan setahu saya yang bukan dari golongan ulama nie dosa menfitnah tu mcm dosa berzina juga.Dan kalau benar Pas nie parti ISLAM mengapa perlu buka aib orang dilaman web nie.sama-sama kita fikir yea.
Post a Comment