Sunday, April 12, 2009

Politik Thai: Bila Si Baju Merah Marah..




By Asyok Kumar

BANGKOK April 12, 2009. Ratusan penunjuk perasaan antikerajaan dari kumpulan baju merah, pengikut bekas PM Thai Thaksin Shinawatra dikatakan telah merampas dua kereta perisai manakala beberapa kompleks beli belah utama berdekatan persimpangan terkenal Rachaprasong ditutup kerana bimbang berlaku keganasan, kata seorang saksi.

Saksi itu berkata, beliau terkejut melihat penunjuk perasaan mengambil alih kenderaan itu berdekatan pusat beli belah Siam Paragon. Ada kira-kira 500 orang, tapi kemudiannya mereka bersurai ke kawasan lain dan hanya polis yang ada di sini sekarang." katanya. "Siam Paragon, Central World dan beberapa pusat beli belah di kawasan itu ditutup manakala hanya para penumpang dibenarkan memasuki stesen BTS (kereta api aliran ringan) di sini. Ramai pelancong panik apabila melihat orang berbaju merah yang sedang marah."

Menurut sumber Blog Ibnu Hasyim di Bangkok, difahamkan kumpulan baju merah adalah orang-orang tajaan Thaksin menggunakan politik wang, walaupun beliau tiada dalam negara. Meskipun begitu, ia tidakmelibatkan orang-orang Islam Thai. Anggota tentera ditempatkan di lebih 50 kawasan di Bangkok selepas Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva mengisytiharkan perintah darurat, manakala polis dikatakan bersedia untuk menyerbu kawasan di mana penunjuk perasaan kumpulan baju merah berkumpul berdekatan dengan Rumah Kerajaan.

Media tempatan melaporkan bahawa anggota tentera pada masa ini sedang mengawal istana Raja Thai Bhumibol Adulyadej dan juga beberapa kementerian utama. Keadaan di Bangkok menjadi tegang selepas polis menahan seorang bekas penyanyi popular dan bekas penggubal undang-undang Arisamun Pongruengrong, sekutu Thaksin Shinawatra, hari ini kerana memimpin gerakan memprotes di Pattaya.

Perusuh 'Baju Merah' bergegas ke Kementerian dalam Negeri di sini di mana Abhisit sedang mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan keselamatan negara. Laporan berita televisyen menyebut Abhisit meninggalkan pejabat kementerian itu sebelum perusuh tiba tetapi beberapa orang cedera dalam pergelutan dengan anggota keselamatan dan beberapa das tembakan dilepaskan. Pasukan polis dan tentera dijangka menyuraikan kira-kira 2,000 penunjuk perasaan antikerajaan yang kini menghuni semua jalan menuju ke Rumah Kerajaan sejak 26 Mac lepas.

Bilangan penunjuk perasaan yang menjangkau 100,000 pada Rabu lalu, kini berkurangan kerana kebanyakan mereka pulang untuk menyambut festival Songkran (pesta air) bermula esok.(AK)

7 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya Raja Bhumibol Adulyadej yang digulingkan. Dialah punca segala kekacauan dan juga pembantaian di selatan Thai. Thaksin pembela nasib rakyat.

Shahabudeen Jalil said...

tapi di tangan Thaksin masih melekat darah-darah umat islam selatan Thai.

HeroHuruHara said...

ibarat 'flashback' kisah Hitler, Mussolini, Lenin, Stalin

Kesemuanya ada unsur JAHAT tetapi salah seorang tetap menjadi wira rakyat dan simbol kebangsaan.

dalam kes di Thailanda tak pasti la pulak 'actual rootcause' adalah siapa dan mengapa....

Anonymous said...

Thaksin diguling oleh tentera. Tentera dibawah telunjuk Bhumibol,bukan Perdana Menteri.
Tentera Thai juga melanyak Patani.
Bhumibol cemburu kerana kebijaksanaan Thaksin menjana industri dan pertanian sehingga rakyat lebih hormat Thaksin melebihi istana. Kekayaan Thaksin juga menyaingi Bhumibol.

Fakta sejarah silam (tahun 1200-1876) menunjukkan Bhumibol & Sukothai adalah musuh tradisi kerajaan Islam Patani, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Shahabudeen Jalil said...

Thaksin dan Raja.. dua dua penyebab orang islam kena serang teruk sewaktu peristiwa masjid kerisik dulu.

Tak ingat macam mana orang-orang kampun disuruh merangkak.. ditindankan dalam truk. yang mati dibuang ke sungai..

ini semua atas arahan Raja (tentera dibawah Raja) dan THAKSIN juga.

Malah Thaksin memberi alasan, ramai yang mati disebabkan mereka berpuasa Ramadhan. Alasan orang mati akal.

Anonymous said...

Tuhan akan membalas mereka di dunia & akhirat di atas kekejaman Thai & SukoThai terhadap umat Muhammad SAW. Semua mereka yang terlibat adalah dilaknat Allah SWT.
~ wallahu a'lam ~

Shahabudeen Jalil said...

mereka juga umat Nabi Muhammad S.A.W.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails