"Mereka akan dibebaskan dalam masa dua atau tiga hari," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini. Katanya, pembebasan tahanan tersebut bukan bermotifkan politik. Selain ketiga-tiga mereka, sepuluh lagi yang dibebaskan termasuk tiga warga Malaysia, dua warga Indonesia dan lima warga Filipina. Tiga warganegara itu adalah Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil and Adzmi Pindatun, manakala dua warga Indonesia adalah Zainun Rasyhid dan Aboud Ghafar Shahril. Lima warga Filipina adalah Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih. Bulan lalu, dua pemimpin Hindraf iaitu V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan. Tahanan lain yang turut dibebaskan bulan lalu adalah tujuh anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Tangkap kerana politik, bebas tiada motif politik? Awal bulan ini, Manoharan dikatakan mempertimbangkan untuk meletak jawatan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, kerana dikatakan tidak mampu melaksanakan tugas itu. Sementara itu, semalam pula, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak rayuan Uthayakumar agar pertuduhan mengikut Akta Hasutan ke atasnya digugurkan. Apakah ini tiada kena mengena dengan ‘bukan bermotifkan politik’ seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri itu? Porrah!! (AK).
No comments:
Post a Comment