IPOH Rabu Mei 13, 2009 . mStar Online menyebutkan V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang disingkirkan dari jawatan Speaker minggu lalu akan membuat aduan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang membawa masuk senjata ke dalam Dewan Undangan Negeri, Khamis lalu.
Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, Sivakumar berkata, tindakan menunjukkan senjata bahaya di dalam DUN adalah salah. "Ada bilik khas di DUN untuk simpan senjata yang dibawa. Apa akan berlaku jika ada pihak menggunakan senjata bahaya ketika pergaduhan. Berdasarkan konvensyen Parlimen senjata merbahaya tidak boleh dibawa masuk ke dalam DUN.
Katanya, beberapa individu yang tidak dibenarkan telah memasuki DUN tanpa pas yang sah. Sidang DUN Perak Khamis lalu dirasmikan selepas kekecohan selama lima jam. (2MA)
2 comments:
Salam Tuan Rumah @ anak jati Balik Pulau,
UBN dan mangkuk-mangkuknya adalah samseng yang paling sial di atas muka bumi ini. Kalau kita cakap mereka ini puak zionis Melayu, mereka marah. Tetapi memang dari tindak tanduk mereka mengunakan Polis memauki DUN Perak, jelas puak ini adalah zionis Melayu.
Kaki hang sakit lagi ke?
Bila lagi mahu mengembara. Seronok baca siri pengembaraan hang!!!
Ya Syeikh,
Besok saya akan ke luar negara lagi, akan sambung catatan perjalanan.
Kalau kaki sakit,kena jalan lagi jauh...
Wassalam.
Post a Comment