Tuesday, May 12, 2009

Hakim Abdul Aziz Rahim, Hero Baru Bawa Mahkamah Jadi Bebas -Husam Musa


KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meletakkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah adalah mengejutkan. Mengejutkan bukan kerana point undang-undang tidak menyebelahi Nizar, tetapi mengejutkan kerana keberanian Hakim Abdul Aziz Rahim membawa Mahkamah Malaysia keluar sebagai institusi yang bebas dan berintegriti. Beliau adalah seorang hero baru. Demikan pandangan Datuk Husam Musa Naib Presiden PAS melalui blognya.

Menurut beliau lagi, “Keputusan apa pun oleh Mahkamah Tinggi memang boleh dirayu. Tetapi, jika bagi orang awam biasa sekalipun boleh mengerti bahawa pemecatan Nizar adalah tidak sah, dan itu telah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, Najib sepatutnya tidak lagi menggunakan saluran undang-undang untuk menyelesaikan krisis Perak yang beliau sendiri mulakan.

“Keberanian menerima realiti dan keberanian menyelesaikan kemelut ini mengikut saluran politik adalah segala-galanya. Jika rayuan itu nanti masih memihak kepada Nizar, Najib dan UMNO akan menanggung malu yang lebih besar. Jika keputusan itu atas apa sebab pun memihak kepada BN, rasa euphoria rakyat atas bebasnya kehakiman negara ini kembali menjadi negatif.” Katanya.

Menurut beliau lagi, jika Najib berani bertindak bersama PR untuk memujuk Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN, BN mendapat dua markah…
Pertama; Markah atas bebasnya kehakiman di bawah pentadbiran Najib,
Kedua: Kerana berani mencari jalan penyelesaian kepada krisis atas prinsip kembalikan kuasa penentuan kepada rakyat.

“UMNO dan BN mungkin tewas dalam pilihanraya itu nanti, tetapi maruah politik dan integriti BN akan dapat dihindarkan dari terus koyak. Ia telah pun koyak dengan parah sebelum ini. UMNO/BN mendapat kuasa di Perak, tetapi ia meranapkan imej BN di seluruh negara, bahkan dunia. Harganya terlalu mahal. Samada Najib ingin terus bermandi dalam lumpur politik yang tak mungkin dibersihkan selagi ia menggonggong kuasa di Perak melalui jalan di luar batas undang-undang dan amalan demokrasi yang terpuji atau kembali ke pangkal jalan.” Jelas beliau lagi.

Menurutnya lagi, Institusi Di Raja Perak yang amat dihormati sebelum ini juga, mempunyai peluang tersendiri menunjukkan kesaksamaannya. Institusi ini tidak harus dilihat bertindak memihak kepada satu golongan tetapi bertindak berteraskan peraturan dan undang-undang. Prinsip-prinsip demokrasi harus dihormati. Peluang institusi Diraja Perak keluar dari kemelut ini dengan tahap imej yang lebih tinggi adalah terbuka luas.

“Bubarkan saja DUN Perak dan biarkan rakyat memutuskan penghakiman mereka. Bagi PAS dan PR, bukan bermakna pembubaran itu akan menguntungkan mereka. Rakyat Perak mungkin mengundi tidak seperti yang PR harapkan. Apa pun, pembubaran DUN tetap langkah terpuji yang membuktikan PAS dan PR adalah pemain demokrasi yang jujur dan pruden serta berani meletakkan rakyat di tempat teratas. Kuasa bukan segala-galanya tetapi prinsip-prinsip utama lebih didahulukan.” Menurut hitungan politik beliau di mana itulah peluang supaya Sultan Perak muncul terhormat. Ya, marilah kita sama-sama doakan pembubaran tersebut!! (2MA)

1 comment:

Anonymous said...

salam semua,
saya sebagai anak perak jati, sangat bersetuju dengan pandangan yb husam. umno dan bn akan menggali kubur mereka jika berlawanan dengan keputusan mahkamah ini.

yobleh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails