ISTERI kepada penyanyi Ustaz Akhil Hayy, 40, Maizawati Zainal, 33, diberitakan telah memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada awal bulan lalu. Kes itu akan dibicarakan pada 2 Jun ini, pukul 9 pagi.
Ditanya mengenai penceraiannya, dia yang mempunya empat orang anak Maiza bersama Akhil, dan dua orang anaknya dengan hasil perkahwinan yang pertama dahulu. katanya dengan tenang...
“Setelah mereka mengetahui tentang permohonan cerai ini, mereka lebih matang dan boleh menerima keputusan saya kerana itu merupakan salah satu perkara terbaik buat mereka.. Jadi, tiada apa-apa masalah kerana dalam hidup ini semuanya termasuk ajal dan maut berada di tangan Allah. Mungkin ini ketentuanNya dan jodoh saya hanya sampai di sini.. Kadangkala kita tak sangka hal ini akan berlaku. Jadi, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka.."
Katanya lagi, "Dengan sesiapa sahaja boleh berlaku tak kira orang itu raja ke atau sultan, perkara ini kita tidak boleh elakkan. Mungkin selepas ini Allah telah tetapkan ada yang terbaik untuk kita,” luah Maiza sejurus selepas ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, semalam.
Dalam kenyataan sebelum ini, Maiza ada memberitahu yang suaminya pernah meminta izin untuk berkahwin dua dan wanita yang dimaksudkan adalah penyanyi Waheeda atau nama sebenarnya, Norwahidah Abdul Wahab, 31.
Ditanya pandangannya mengenai Waheeda dan Ustaz Akhil, dia berkata, “Pertama sekali, saya nak nasihatkan jika dia benar-benar menjadi seorang isteri, jadilah seorang isteri yang solehah dan jagalah hati semua orang... Janganlah kita ungkit perkara-perkara yang telah berlaku dan menuding jari antara satu sama lain.. Saya doakan semoga mereka berbahagia.
“Bagi ustaz pula, semoga apa yang dilakukannya adalah yang terbaik dan saya harap dia tidak akan mengabaikan anak-anak.. Perpisahan itu tidak bermakna bermusuhan dan itu adalah untuk kebaikan semua pihak. Lebih baik kita berpisah secara baik dan bukannya dengan bermusuh-musuhan. Itu yang saya hendak sebenarnya.”
Tambah Maiza, “Janganlah kita anggap perpisahan itu sebagai sesuatu yang memeritkan dan bermusuhan. Saya bukannya orang yang seperti itu.. Bagi saya, perpisahan itu untuk mencari kebaikan. Saya harap pihak sana tidak rasa marah tentang apa yang saya luahkan.. Saya tiada niat langsung untuk memburukkan mereka,” ujarnya beberapa kali.
Maiza juga mengaku yang dia masih dapat menerima pasangan ini sebagai kawan seandainya mereka bernikah sekalipun. “Saya tiada masalah..,” ujarnya ringkas.
Ditanya tentang reaksi ibu dan keluarga mertuanya, Maiza menyifatkan mereka sangat profesional.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam Islam penceraian suami isteri itu dibolehkan, tetapi Tuhan benci.. Itulah istemewanya Islam! (2MA).
Sila lihat Friday, May 1, 2009 Sah, Waheeda Isteri Kedua Akhil Hayy?
Bertambah ramai lah Gen-4 kat Mesia ni. Gen-2 pun dah berlambak.
ReplyDeleteApa nak jadi dunia skrg nihh!!
Kalau boleh pakaian jangan nipis. Bertudung saja tak cukup.... Ada syarat lain bila berpakaian. Itulah Islam.
ReplyDelete