Wednesday, May 13, 2009

Keputusan Mahkamah Rayuan, Di Pengaruhi Dalang Yang Sama? –Chang Li Kang


MENGULAS keputusan mahkamah yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari dalam krisis kemelut politik Perak kini, Adun Teja, Chang Lih Kang mensifatkan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.

Bagi Adun Teja itu, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'. Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah, katanya.

Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya. Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN.


Sebelum ini bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleith Hamzah seorang pemimpin berpengalaman menulis di blognya menyebutkan, "Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan… Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan ia mencemarkan Umno dan BN," kata Tengku Razaleith.


Sementara itu PAS melalui Ketua Penerangannya Mahfuz Omar mensifatkan keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun… Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka (BN) supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka (BN).


Oleh itu, PAS mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tempoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Sesuatu perlu dibuat bagi mendedahkan komplot jahat yang akan memusnahkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbagai kaum di negara ini seperti yang pernah berlaku 40 tahun lalu iaitu ‘Tragedi 13 Mei’. (2MA)

3 comments:

sukrul said...

hai

pemeriksa kertas upsrBI said...

Krisis di Perak adalah kertas ujian bagi sesetengah pihak. Pihak-pihak ini bertungkus-lumus menjawab soalan ujian. Mereka tidak dapat menjawab soalan ujian yang amat sukar ini kerana cikgu tidak mengajar topik ini dan bahagian buku teks, KPM tidak mengeluarkan buku tentang topik ini. Jadi mereka tidak terdedah dengan topik ini. Lagi pula tiada bahan rujukan untuk menjawab ujian ini. Sekarang ini pemeriksa-pemeriksa ujian sedang memeriksa jawapan kepada ujian ini. Jika tahap pengetahuan dan pengalaman sebagai pemeriksa sangat kurang ditambah dengan intepretasi pemeriksa yang berbeza-beza (kerana tiada pendedahan dan rujukan dan banyak sebab-sebab lain) dan pemberian markah ikut suka atau ikut sedap aje maka pengurniaan markah kepada jawapan ujian tadi akan dipertikaikan...oleh rakan sepemeriksa dan ketua pemeriksa

syahanum said...

hanya 2 perkara yg boleh hentikan krisis di perak; iaitu, seperti yg telah diulas dalam siri tv 'Hujah'.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails