By Asyok Kumar
MENURUT sebuah akhbar Italy Corriere Della Sera, kini di utara daerah Bergamo sudah terdapat kolam renang khas untuk Muslimah di mana mereka dapat berenang bebas tanpa perlu menggunakan pakaian renang tradisional. Lelaki tidak diperkenankan untuk berenang di kolam renang Siloe semasa kaum Muslimah melepaskan hijab, tudung atau cadar mereka setiap seminggu sekali.
Maida Ziaradi, seorang Muslimah asal Iran yang telah tinggal di Italy sejak berumur 17 tahun yang mempelopori langkah tersebut mengatakan ramai Muslimah dari Tunisia, Iran dan Mesir termasuk Muslimah Italy sendiri akan mendapat banyak manfaat dari adanya hak khusus Muslimah di kolam renang.
“Pada awalnya beberapa Muslimah masih ragu-ragu dan takut untuk masuk ke kolam renang itu...” kata Ziaradi. Kolam renang tersebut dimiliki oleh uskup Bergamo. Aturan pemisahan kolam renang khas perempuan menurut Ziaradi dianggap sebahagian dari mematuhi ajaran yang ada di dalam Al-Quran.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Itali bukan negara pertama yang memperkenalkan kolam renang khas untuk Muslimah. Di Jerman penggunaan Burqa/Cadar boleh dikenakan di beberapa kolam renang umum, sementara itu di Australia terdapat beberapa kolam renang membuat jadual khusus untuk Muslimah. Di Malaysia sepatutnya boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan hotel-hotel atau tempat permandian kolam renang supaya orang Islam dapat mengamalkan ajaran agamanya dengan bebas. Tetapi mengapa hal ini tidak dapat dilakukan, walaupun pemimpinnya ramai terdiri dari orang Islam? (AK)
salam, itulah satu2 nya yang saya tak dpt lakukan setelah saya ingin menjaga syariat dlm diri saya, walaupun skrg ni ada baju renang utk muslimah, tapi itu belum cukup kuat utk bawa saya ke kolam renang awam utk berenang dgn lapang dada.
ReplyDeleteDi Holidayvilla Langkawi terdapat kolam tertutup khas untuk wanita harap maklum.
ReplyDeleteT.kasih sebagai makluman.
ReplyDeleteDi Lot 2163 Lorong setia 3, Bt 19 Kuang Selangor , ada kolam renang di bina khas untuk rakan2 yang prihatin. Muslimah dapat berenang dengan lapang dada.
ReplyDeletedi UIAM, Gombak ada kolam renang khas utk wanita tapi tiada bumbung. tapi masih terlindung dari pandangan lelaki. please go to female sports complex. as i remembered open hours 1700 - 1900 on weekdays. closed on rainy days since it has no roof.
ReplyDeleteKompleks renang di Terengganu dah berzaman ada kolam muslimah...saya cadangkan pemilik blog check dulu sebelum tulis...
ReplyDelete