Monday, May 11, 2009
Pecat Penasihat Undang-undang, Antara 6 Langkah Nizar..
DATUK Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta. Tindakan itu disifatkan, antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:
- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.
- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.
- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.
- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera
- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009.
Sementara itu Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, kemungkinan esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Dalam keputusannya hari ini juga, Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan dan memerintahkan Zambry dan anggota Exconya melepaskan jawatan secepat mungkin. (2MA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment