KUALA LUMPUR Sabtu Mei 23, 2009. Menurut bertatuk ' MP Titiwangsa dakwa kenyataan Menteri Wilayah "hina" wanita'... Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengeluarkan kenyataan berunsur "menghina" kaum wanita terhadap beliau semalam.
Justeru, Ahli Parlimen Titiwangsa itu mahu Raja Nong Chik memohon maaf secara terbuka walaupun beliau ada mengatakan 'maafkan saya'. "Saya merakamkan kekesalan saya atas sikap Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen, malah biadap terhadap wanita," kata beliau pada sidang media di sini semalam.
Dr. Lo'lo berkata, Raja Nong Chik telah mengatakan bahawa "I turun everywhere takkan nak bagi tau you semua. Ni saya nak pergi tandas, takkan nak bagi tau you, you nak ikut ke?"
"Kata-kata seperti ini sangat tidak layak dikeluarkan oleh seorang menteri apatah lagi menteri yang baru dilantik," katanya. "Sebagai seorang wanita yang terhormat, seorang wanita Islam yang menjaga sahsiah diri, saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang menteri, lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat," katanya.
Menjelaskan insiden itu, Dr. Lo'lo berkata, Raja Nong Chik mengeluarkan kata-kata itu apabila beliau mengkritiknya kerana tidak memaklumkan "lawatan mengejut" ke Keramat Mall, Kg. Dato' Keramat petang Khamis lalu. Katanya, selain membawa isu tersebut ke Parlimen beliau juga akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengenainya.
"Ada ramai rakan-rakan yang berpendapat ini satu bentuk gangguan seksual walaupun tidak berapa jelas tujuan dan maksud kata-kata tersebut dikeluarkan," katanya. Ketika ditanya mengapa membawa isu berkenaan hari ini sedangkan Raja Nong Chik telah pun "memohon maaf" petang semalam, Dr. Lo'lo memberitahu, beliau mahu menteri memohon maaf dengan diketahui semua kerana ketika kenyataan tersebut ada ramai pihak di sekelilingnya. Kata Dr. Lo'lo, beliau hanya mengatakan "maafkan saya" kepadanya yang sama sekali tidak didengar pihak lain.
Komen Blok Ibnu Hasyim: Elok ahli-ahli parlimen di ajar disiplin, kerana kurang ilmu sivic. (AK)
Adakah kemungkinan Datuk Raja Nong Cik ni selalu ajak orang ikut beliau masuk tandas. Kalau tidak masakan jawabnya begitu sepontan. Sori Datuk, cuma nak tahu sahaja, bukan menuduh.
ReplyDeleteNasehat dari orang tua tua dahulu kala, cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar.
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa.
Memang pandai tok nenek kita dahulu nesehat menasehati
Sebenar dia dah kalut... terutamanya Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa... yalah, projek tu start masa dia jadi AP kat situ tapi sampai dia kena turun as AP, projek tu macam tulah jugak... bila time YB Dr naik... benda tu dah ada kemajuan... jadi memang dia orang tak nak YB Dr in the picture, so, dia oranglah dapat creditnya... same goes to the dewan dan tasik tu... tasik tu lagi saya tak faham... dah elok dah, tapi apasal nak diupgrade at the first place... benda tu berlaku before PRU12 ... tapi sekarang dah ada kemajuannya
ReplyDeleteSabarlah YB Dr ... fyi, pasar tu dah ambil masa 10tahun... sekarang nie pun kecoh pasal design dia tak peniaga friendly...