Monday, May 04, 2009

Presiden/Timbalan: Ulama Profesional Yang Layak –Nik Aziz, Sesuaikah Regu 2H?


MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan yang akan diadakan bulan depan. Mereka yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti itu perlu bermuhasabah diri sama ada mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan parti.


“PAS parti pimpinan ulama. Memang dulu ulama tidak berpelajaran tapi kini ulama sudah banyak yang terpelajar dan pandai. Dia ulama dia jugalah profesional. Ulama dan profesional ni kita gabungkan. Dah lama dah selesai benda ni, sepatutnya tak timbul lagi isu,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemilihan parti bulan depan yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti. Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk pertahankan jawatan itu. Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu selain Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.


Ada pula yang meregukan dengan nama ‘2H’, iaitu Hadi & Husam, Presiden dan Naibnya menjadi suatu regu yang paling layak memimpin PAS sesudah dikatakan berbeda pendapat mengenai Kerajaan Perpaduan. Cadangan pencalonan ini telah dikemukakan oleh PAS Kawasan Shah Alam. (sumber Jiwo Kelate wordpress.com dll. 2MA)

1 comment:

Anonymous said...

Regu 2H tak sesuai; yang paling elok regu NAHM.
Hasan Ali baik ikut langkah yang diambil olih Mustafa Ali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails