Friday, May 01, 2009
Sah, Waheeda Isteri Kedua Akhil Hayy?
BENARKAH Waheeda artis terkenal sanggup jadi isteri kedua penceramah bebas Akhil Hayy? Setelah sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, akhirnya Akhil Hayy membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.Lebih setahun kisah 'panas' mereka hebat diperkatakan.
Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil. Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status'mereka itu.
"Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya...tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua," kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.
"Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya namaWaheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis... mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkan imej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.
"Waheeda juga merupakan 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan DarulIslah Selangor (PERKID) dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untukturut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program ini sekadar untuk berdakwah.
"Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang diasendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu," kataAkhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah punmemulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30malam di saluran Astro Oasis.
Mengulas mengenai pembabitannya dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua ini,kata Waheeda, tindakannya ini bukan sengaja untuk 'mengiyakan' kontroversi yang melandanya dan Akhil, tapi tawaran ini sanggup digalasnya kerana merasakan ini juga merupakan salah satu medium yang baik untuk berdakwah.
Menurut Waheeda pula, "Seteruk mana sebenarnya kes kami ini? Saya minta maaf kerana mengatakan ini, tapi kenapa artis yang keluarkan kenyataan sebagai contoh, tidak salah berpakaian seksi asalkan dirinya selesa dengan pakaian itu atau kerana rasa dirinya masih muda, tidak dijadikan isu?"
Bercerita tentang ikon eksklusif Astro Oasis itu pula, kata Akhil, dia amat terharu dengan tawaran tersebut. "Ini tanggungjawab yang besar untuk saya galas. Sebelum ini saya hanya banyak berdakwah di kampung-kampung, tapi kali ini sudah mula berdakwah menerusi program-program di kaca televisyen.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Program-program tv seperti ini agak baik dan segar terutama untuk memikat remaja. Perlu diperbanyakkan. Alhamdulillah! (2MA- Sumber mstar.com.my)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
TV berbayor sahaja k,kenapa bukan di media prima tvika atau bernama tvka?
Pak Ibnu,
Nak tanya sikit, apa hukum nyanyian, muzik atau wanita menyanyi dalam Islam?
Kalau salah mengapa Pak Ibnu berkerjasama mempromosi mereka?
Setau saya itu rancangan bercorak Islamik utk membentuk remaja.
soalnya:
1)Jika depa belum betul-betul kahwin, tidakkah ianya memberi teladan yg buruk kpd remaja-remaja dalam rancangan tu atau penonton? (lihat saja aksi 'mesra' mereka mcm pasangan suami isteri)
2)Jika depa betul-betul dah kahwin, kenapa pula akhil menafikannya? kalau didapati berbohong, jatuhlah kredibiliti beliau sebagai ustaz dan pendakwah
Kalau dah nak, nikahlah cepat2 untuk mengelakkan fitnah di kalangan orang awam sekeliling...
Sesiapun yg jadi ustaz dan ustazah....eloklah TUNJUKKAN CONTOH BAIK kepada orang muda
1)hindari pergaulan bebas --di depan kamera atau di belakangnya
dan
2) kalau dah nak, nikahlah dgn cepat...
Tak mahu fitnah, jangan meredah kawasan fitnah...
Post a Comment