Thursday, May 07, 2009

‘Saya Ditahan Hampir 1 Jam’ –Sivakumar, ‘Angkuh, Tidak Hormat Perlembagaan’ –Abdul Hadi.


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat, yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi dan diangkut keluar oleh polis, kembali muncul sebaik sahaja sesi perasmian Dewan berakhir.

Beliau kelihatan tenang dan senyum ketika memasuki DUN kira-kira pukul 4.20 petang tadi. Kemunculan Sivakumar selepas ditahan di sebuah bilik dalam DUN disambut oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain. Ketika ditemui pada sidang media bersama Nizar, Sivakumar berkata, beliau telah dilepaskan selepas ditahan kira-kira sejam oleh polis.


"Saya ditahan polis di sebuah bilik dekat sini hampir sejam. Saya cuma ditahan," katanya. Ketika ditanya sama ada beliau turut disoal siasat oleh polis, Sivakumar berkata, "tidak." Pada sidang media itu, Nizar berkata, Pakatan Rakyat masih menganggap Sivakumar sebagai Speaker yang sah.


Sementara itu, PAS sangat kesal dengan kejadian kekerasan yang berlaku di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Perak (DUN) dan dalam Dewan tempat persidangan para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada hari ini. Demikian kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily melalui Setiausaha Politik, Dr Shamsuri.


"Pada kali ini, bukan sahaja para penyokong dan pimpinan parti dari Pakatan Rakyat yang ditangkap, tetapi beberapa ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat negeri Perak juga telah ditahan,"katanya. Peristiwa yang berlaku ini adalah berpunca dari sikap angkuh para pimpinan BN yang tidak menghormati undang-undang,ujarnya. BN juga ujar Presiden PAS bertindak dengan berselindung di sebalik lencana anggota keselamatan.


"PAS sekali-kali tidak akan menghormati kerajaan yang sememangnya tidak menunjukkan rasa hormat mereka kepada undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.


Blog Ibnu Hasyim difahamkan, semua tahanan berkait dengan peristiwa hitam ini telah dibebaskan, namun kerajaan BN tetap zalim kerana merampas hak rakyat. (2MA).

8 comments:

Anonymous said...

Cepatlah BN jatuh, supaya Al Juburi dan kuncu kuncunya dari 'bangsa pendatang' naik menjadi pemerintah.

Nak sangat aku melihat melayu yang tak sedar diri merasa hidup macam pelarian Palestine dan Bosnia Herzegovina.

Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat selama umno memerintah sehingga aku sudah mampu untuk berpindah ke Australia bersama seluruh keluarga dan mertua aku.

Melayu tidak akan sedar selagi mereka sendiri tidak merasa keperitannya.

Terpaksalah aku merasa hujan emas di negeri orang kerana bangsa ku memilih hujan batu di negaranya sendiri !!!

Semoga Allah memudahkan jalan bagi al juburi kembali ke Sungai Buloh

Anonymous said...

Komen di atas, satu lagi contoh biadap, anak didik BN. Tak sedar dah jadi pelarian pun nak jilat BN lagi?

Anonymous said...

Yah saya amat2 bersetuju dengan Anonymous said ke-2 tu...Yah kita amat berasa malu kalau sudah mcm nak melarikan diri ketempat Negara orang pula. Dan mesti Anonymous Pertama ni orang yang sudah banyak mendapat Habuan Wang Projek2 dari Malaysia atau dari BN, baru lah dia boleh Migrate ke Ausrtalia tu...Kalau orang Pembangkang pastilah Migrate ketempat Negara org...Lagi pula dia tu bercakap macam Benci satu macam pada Pembangkang khasnya DSAI bercakap pun macam org tidak ada Moral dan Beradab langsung...Jangan2 dia ni anak2 YB menteri dari BN kot....? Setiap sesebuah Kerajaan itu pastilah Kepimpinannya inginkan Peningkatan akan Kerajaan yg Memerintah Negara...Mana ada Pemimpin yg menjadi Kerajaan maukan Kerajaan yg d Pimpinan d bawah Partinya Lemah? UMNO sudahpun 52 tahun menerajui Negara ini, Apa yg kita lihat hari ini adalahlah Perolehan mereka selama 52 tahun memagang tampuk Pemerintahan Kerajaan...Saya merasakan Insyallah jika PR memerintah satu hari nanti Penyusunan Badan2 Keagamaan lebih mengikut Sunnah Nabi dan Lebih teratur jika saya banyangkan...Contohnya Kerajan PAS d Negeri Kelantan d bawah Kepimpinan YAB Datuk Nik Aziz. Penulis pertama ni saya lihat2 hanya menjaga Kepentingannya satu Family saja...Dia lebih RELA Migrate ketempat org berbanding tempat tumpah darahnya sendiri...Inilah Jenis Manusia yg Mementingkan Diri sendiri dan bersifat MUNAFIK....Manusia ini tidak boleh d angkat menjadi Ketua untuk Rakyat Negara ini.Apakah Keperitan yg d Pikul oleh Rakyat Malaysia selama ini? Keperitan yg Rakyat Malaysia alami hanyalah Kebebasan Bersuara dan Ketidak adanya Demokerasi saja, Ini bukan Kerana Pihak pembangkang....Ini adalah Hasil Cetusan Kepimpinan BN @ UMNO yg Dominannya adalah orang2 dan Kepimimpin2 org Melayu itu sendiri. Apakah ini Kesalahan DSAI,Datuk Nik Aziz,Sivakumar ataupun Lim Kit Siang? Sebelum anda menulis dan membuat Komen "WAJIB"lah saudara menjiwai Perasaan Mejoriti Umat Melayu,China,India dan Peribumi d Negeri Sabah/Sarawak dan Negara ini....Janganlah anda menjadi Petualang yang kehilangan Senjata....

Anonymous said...

Komen pertama tu adalah komen orang bebal.... ada orang umno yang pandai?? tarak!!!!

waksab said...

Jasa Umno pada kita ialah hampir separuh Pusat Serenti seluruh Malaysia dipenuhi oleh org Melayu,Suku lagi jadi mat rempit dan mat ragut,suku lagi jadi perompak,perogol tegar,3 suku lagi yang menjerit-jerit macam lotong dlm perlimen dan dun..itulah jasa2 Umeno.

Pak Oncu said...

kepada anon 1,, maaf agak kasar bahasa ini,,, tentu hang pernah di jubur oleh al juburi,,,, jika tidak mana hang tau???????????

Pak Labu said...

Ha, ha, ha..
Bagus Pak Oncu.. Jawapan yang tepat!

Koboi BM said...

Dalam UMNO ada 2 golongan sebenarnya yang diwujudkan oleh majlis tertinggi. Golongan pertama ialah MEREKA YANG MENIPU. Golongan yang kedua pula ialah MEREKA YANG SANGGUP DI TIPU. Jadi sewaktu kita sembang dgn org umno pastikan mereka dari golongan yang mana. Kalau golongan pertama mereka tak akan mengaku kata mereka menipu dan kalau dari golongan kedua mereka tak akan mengaku kata mereka di tipu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails