Monday, May 11, 2009

Tebal Sungguh Muka Zamri, Boleh ke Speaker Haramnya Diseret Keluar Macam Sivakumar Kena Dulu?

Ibnu Hasyim Catatan Santai

TIBA-TIBA kawan saya Syukri telefon, waktu hampir masuk Asar tadi, “Ikut isytihar Hakim Mahkamah Tinggi KL sebentar tadi, MB Ir Nizar menang!” katanya. Saya pun mengeya. “Kau ingat tak kata kawan kita Yunus semalam?”

“Apa dia?”


“Dia kata, kalau MB Nizar diisytihar menang, boleh ke suruh polis yang tarik keluar Speaker Sivakumar macam guni beras dulu tu, buat balik pada Speaker haram Zamri pula?? Ha, ha, ha, ha…” Jelasnya.


Tertawa juga saya. Teringat ceritaku di kampurng, masa kecil-kecil dulu... Bagaimana susahnya, kalau nak tarik tali ikat lembu, nak suruh minum air kalau lembu itu tak mahu. Lembu tetap tahan brek kakinya empat-empat, tak mahu ikut walau dipaksa...


Kita lihat semula gambar-gambar ini…


Tengok, apa yang mereka lakukan kepada Speaker sah Kerajaan Negeri Perak, kerana hanya beliau dari parti pembangkang! Sekarang muka MB haram itu pula nak letak di mana?

Mana lebih teruk seperti yang berlaku di negara-negara luar dibawah ini?

Di parlimen Rusia...

Di parlimen Turki...

Di parlimen Mexico

Di parlimen Italy

Di parlimen India...

Teruk lagi di DUN Perak, kerana menggunakan polis kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat. Di negara-negara tersebut tak nampak pun campur tangan pasukan polis mereka.

Sekian catatan santai kali ini...

Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mei 11, 2009. KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails