Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK ataupun yang turut dikenali sebagai Bangunan Perak Darul Ridzuan. Selepas Mahkamah Rayuan memutuskan sedemikian pukul 1.20 tengah hari semalam, sejam kemudian Nizar dan barisan Exconya meninggalkan pejabat masing-masing kerana "mahu menghormati keputusan mahkamah." Nizar hanya berada di pejabatnya kira-kira sejam termasuk 10 minit pada sebelah pagi semalam. Beliau sempat mengadakan sidang media di pejabatnya sebelum keluar kira-kira 2.30 petang untuk minum di sebuah restoran berhampiran Bangunan SUK.
Difahamkan hari ini, Zambry akan mempengerusikan mesyuarat Exco pukul 10 pagi nanti dan disusuli dengan sidang media dua jam kemudian. Zambry juga dipercayai akan mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional (BN) Perak petang ini. Dalam pada itu, Nizar dijadual akan memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam. Salah seorang Exconya, N. Sivanesan berkata, pihaknya memutuskan demikian malam tadi selepas mengadakan perbincangan dengan pasukan peguam Nizar. Ia akan difailkan pukul 9 pagi ini di Putrajaya. "Kami juga akan memohon agar rayuan ini didengar segera dan kami juga akan memohon agar permohonan ini didengar oleh tiga hakim mahkamah rayuan," kata beliau yang juga seorang peguam ketika dihubungi.
Perkembangan semalam berlaku tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin. Zambry berjaya dalam usahanya untuk menagguhkan keputusan kelmarin sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak. Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat. Beliau menekankan bahawa statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan. (2MA)
2 comments:
zambry dan bn memang GILA KUASA! sanggupkah rakyat perak mempunyai pemimpin sebegini?
yobleh.
adakah kebenaran tertegak di Perak sebagaimana didakwa? Sedalam dan sejauh mana pengorbanan seperti yang dikata? usah berbicara tentang pengorbanan jika tidak memahami kedalaman maksudnya. Usah lah Raja dikorbankan dan Rakyat diperbodohkan demi menegakkan kebenaran yang tidak benar. Kembalilah kepada undang-undang Allah.
Post a Comment