Thursday, May 07, 2009

Tindakan Biadap, Speaker Sivakumar Direntap Keluar Dewan.


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi direntap dan angkut keluar dari Dewan oleh anggota polis dengan biadap. Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar juga dari tempat duduknya sehingga beliau terjatuh.


Hal ini kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis. Kerusi yang didudukinya pun juga dibawa keluar. Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat. Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.


Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan. Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku. Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.


Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui. Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang. Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah. Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi. (2MA)

2 comments:

Anonymous said...

Negara Malaysia pada masa ini seolah olah telah menggunakan "JUNGLE LAW" pihak yang terlalu gilakan Kuasa. Peristiwa D Negeri Perak ini bukan sahaja mengundang Padah kepada Kestbilan Politik malahan mematikan Demokerasi D Negara ini.Pihak berkuasa Polis tidak akan berani kalau tidak D arahkan oleh pihak atasan, Orang atasan Polis yang Paling BERKUASA pada ketika ini adalah Sepupu kepada PM. Datuk Hisamudin lah yg memainkan Peranan d dalam Penangkapan dan apa juga yg terjadi D Negara ini pada ketika ini!!!....PM benar2 merasakan takut jika meletakan orang lain untuk Memagang "Menteri dalam Negeri"...Nah sekarang ini Perancangan beliau sudah jelas mengambarkan bahawa Demokerasi D Negara ini sudah tidak ujud lagi BN akan Kontrol habis2an, Tetapi Perancangan ini satu Kesilapan yang amat Besar, Kita lihat sahaja apa kesudahan Pemerintahan BN @ UMNO ini.Lebih banyak mereka menggunakan Undang2 melalui Polis Lebih Banyak Kerusi MP/ADUN BN yang akan TERSUNGKUR kebumi dengan Dentuman yang amat2 kuat..Dan D sinilah juga KEJATUHAN BN dan UMNO d Bawah PM Najib......Najib harus ingat Dia adalah PM terakhir dari UMNO@BN yang akan memerintah negara ini....Peristiwa pada hari ini d Negeri Perak adalah permulaan Kejatuhan mereka. Bila kit memikirkan secara Logiknya Pihak Istana @ Sultan Janganlah memainkan peranan d dalam menentukan arah tuju kehendak Rakyat ???!!! Sultan adalah sebagai Payung bagi sesebuah Negeri beraja...Jika Kerajaan BN sudah menyimpang janganlah pula Raja yang ikut serta menyokong...Pihak Raja2 "WAJIB"lah berfikiran Resional dan terbuka...Jangan Menyokong Menegakkan Benang yang sudah
terang2 basah....Tanpa Rakyat Pihak Istana juga tidak Ujud dan Sunyi d dalam Institusi Beraja... Patutlah ada Peribahasa yang mengatakan "RAJA ADIL RAJA D SEMBAH, RAJA ZALIM RAJA D SENGGAH"...Daulatkanlah "KEISLAMAN" d dalam Merajakan Raja2 Melayu...Hanya ada satu Jalan sahaja Kita Rakyat,Pemimpin dan Institusi Raja2 D "WAJIB" kan dengan ajaran ISLAM yang ADDIN.

Anonymous said...

Sokong

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails