Tuesday, June 30, 2009

100 Kasino Internet Judi Haram, Ada Judi Halal?

Indonesia: Judi yang sudah berjalan setahun ini dalam salah satu kamar Apartement Metropolis, Jalan Tenggilis Mejoyo.. Judi haram, sebelumnya halal?

KUALA LUMPUR: Selasa Jun 30, 2009. Menurut beberapa sumber, terdapat lebih kurang 100 kasino yang tidak berdaftar dan ada yang menjadikan kafe siber sebagai tempat untuk menyembunyikan kegiatan perjudian haram yang dijalankan. Kedai ini menyediakan semua jenis pertaruhan 'online' seperi judi, bola golek, pakau dan 'blackjack' melalui persidangan video secara langsung.

Untuk membuktikan bahawa pelanggan sedang bermain secara langsung, setiap kedai menyediakan skrin tv yang menyiarkan rancangan CNN dan juga diletakan TV dibelakang mereka yang memaparkan program yang sama. Bagi membuktikan lagi bahawa permainan tersebut diadakan secara langsung, pelanggan boleh berkomunikasi dengan pemain lain memelalui mod borak yang terdapat dalam perisian komputer.

Wang pelanggan akan ditukar ke dalam bentuk cip siber dan jumlahnya akan dipaparkan di komputer pelanggan sebagai wang yang dipertaruhkan. E-kasino adalah perniagaan yang sangat berjaya di Filipina dan diurus oleh syarikat yang dipunyai kerajaaan, Pilweb corporation. Pada suku pertama tahun ini sahaja syarikat tersebut berjaya memperolehi keuntungan sebanyak 20 juta US dolar.

Tujuan kerajaan Filipina menubuhkan syarikat tersebut ialah meningkatkan dana untuk projek-projek sosial dan membanteras aktiviti perjudian haram. Kasino mini tidak berdaftar (yang disebut ' judi haram') itu kini membanjiri semua tempat di Lembah Klang berikutan dengan adanya perisian yang membolehkan sindiket tempatan berhubung terus dengan sindiket dari Hong Kong dan Filipina. Dengan menggunakan teknologi kamera web, sindiket tersebut akan menyiarkan secara langsung pertaruhan yang dibuat oleh pelanggan menerusi satu program komputer yang khas.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berita ini baik dan amat sesuai untuk maklumat bagi negara yang tidak mengakui negaranya sebagai negara Islam. Kerana, bila disebut' judi haram' seolah-olah ada 'judi halal'.. Mana ada dalam Islam judi halal? Pihak kerajaan kena betulkan balik penyelewengan dan salahguna istilah-istilah seperti ini. (2MA)

2 comments:

  1. Perniagaan yang paling menguntungkan...walaupun haram. Tapi geng melayu gak yang banyak berjudi. Patutkah letakkan aja Logo Haram Kat sign board atau tiket-tiket loteri atau seumpamanya. Macamana pulak rupa logo haram tu yekk?

    ReplyDelete
  2. istilah kat malaysia ni kena betulkan.. judi tetap haram.. lesen atau tidak

    ReplyDelete