Saturday, June 20, 2009

1 Malaysia, Menurut PAS..


INILAH kenyataan media Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad..

Apabila baca formula 1Malaysia yang dibentang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen 15hb Jun 2009 , maka rumusan yang boleh dibuat ini adalah idea lapok yang tidak ada penyegaran semula atau idea yang baru. Kalau tengok dalam media macam hendak runtuh dunia ini, seperti yang dilaungkan oleh pengampu-pengampu Umno, bahawa ini adalah idea yang berinovasi dan kreatif dari pemimpin baru negara . Dua aspek utama dalam 1 Malaysia, iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Teras-teras perpaduan:
  • Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia.
  • Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
  • Keadilan Sosial.
Nilai-nilai aspirasi merangkumi:
  • Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.
  • Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan.
  • Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru.
  • Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.
  • Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
  • Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.
Kalau kita perhatikan 3 teras perpaduan dan 6 teras aspirasi, semuanya idea lama dan tidak ada reform dalam pentadbiran baru.

Sepatutnya yang kita hendak melihat mesti ada soal pembaharuan dalam memerangi rasuah. Mana hilang 18 fail yang pernah disebut oleh Rais Yatim dahulu?. Dulu nama BPR sekarang SPRM, indeks rasuah masih tidak berubah.

Sepatutnya 1Malaysia yang kononnya berteraskan Rukun Negara, kenalah hormat undang-undang. Tetapi apa yang terjadi di Perak adalah jawapannya. Makhluk yang memperkanalkan 1 Malaysialah yang bertanggungjawab sehingga politik di Perak menjadi kelam kabut.

Sepatutnya 1 Malaysia, ada keazaman untuk mempebaiki system kehakiman supaya lebih telus dan adil. Kes rakaman Video V.K.Linggam sudah hilang begitu sahaja. Bagaimana perlantikan hakim boleh dipermainkan macam jual baju bundle sahaja.

Sepatutnya 1Malaysia, ada berusaha untuk menjadikan sistem pilihanraya di Malaysia bebas dan SPR mesti bebas daripada bawah dagu BN/Umno. Kalau SPR masih pak turut Umno jangan harap sistem pilihanraya di negara ini akan menjadi adil. Undi tentera dan polis yang masih tidak selesai, dan menimbul keraguan di kalangan rakyat jelata di negara ini.

“Datuk Seri Najib juga menyatakan bahawa kerajaan tidak langsung mencuri idea Malaysian Malaysia sambil menyatakan konsep itu jauh berbeza dengan idea DAP yang tidak berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan”

Datuk Seri Najib kata 1Malaysia ikut Perlembagaan Persekutuan. Tidak sedarkah bahawa pemimpin umno sudah mengkhianati perlembagaan Persekutuan dalam perkara 152 (1) mengenai Bahasa Malaysia. Kenapa bantahan pengajaran sains dan metematik tidak dilayan dan dibangkul sampah sahaja. Sepatutnya semakin lama sudah merdeka, semakin baik bahasa di daulatkan. Apa yang berlaku Umno pusing 50 tahun kebelakang.

Macam mana pula dengan Perlembagaan Persekutuan perkara 153 (3). Iaitu mengenai biasiswa orang Melayu dan bumiputera. Bukankah Umno yang menghancurkan?. Yang mencabul hak keistimewaan bumiputera bukan DAP, bukan PKR, jauh sekalilah Pas.

Saya bersetujulah dengan Datuk Seri Najib yang menyatakan bahawa kerajaan tidak langsung mencuri idea Malaysian Malaysia, cuma melaksanakan ideanya sahaja. Tepuk dada tanya Datuk Seri Najib.

(Sumber: http://www.pas.org.my)

1 comment:

nurul said...

Assalamu'alaikum..
saya nak komen yag cover buku 'al-Muslimah' yg kat sebelah tu..kalu boleh, minta perempuan yg jd cover tu pakai tudung yg bawah paras dada labuhnya..make up jangan over..tajuk majalah macam islamik, nanti orang akan salah faham..macam tu ke pakaian muslimah yang menurut syarak??kan dah jadi ikutan untuk orang lain nanti..
wallahu'alam..(xtau nak komen kt mana)
1 lagi, tolong perjelaskan konsep 1 malaysia nie..dengar kata di ambil dari konsep 1 yahudi..betul ke??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails