Sunday, June 07, 2009

Akhil Hayy: Menangis, Lagu Baru Tentang Peribadi & Masyarakat.



Akil turut menyampaikan lagu dalam satu konsert khas yang diadakan sempena Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam.

SHAH ALAM: "Saya cuba tamatkan kemelut dengan cara terbaik dan bertawakal. Apa pun saya dengan kehidupan saya. Orang lain kena hormati.. Tolong jadi masyarakat yang sentiasa mendekati dan bukan penghukum," ujar penyanyi dan pendakwah Ustaz Akhil Hayy ketika ditemui oleh Siti Azura Abd Aziz dari mStar Online, di Malam Kebudayaan Islam "Wacana Muzikal" di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Begitulah luahan Akhil mengenai kontroversi rumahtangganya sekarang. Tambahnya, "Jika mengikut kehendak, ada kehendak manusia yang nak macam ni dan macam tu.. Kita tak boleh memuaskan hati semua orang kerana kita bukan malaikat.. Saya harap orang lain memberi ruang kepada orang yang ada masalah." Akhil yang pada mulanya enggan ditemubual dan berkata 'lepas mahkamah' bijak menjawab setiap soalan yang dikemukakan.


Ditanya apa yang dia akan lakukan untuk menjernihkan hubungan rumahtangganya, Akhil berkata: 'Saya tak kan komen apa-apa pasal rumahtangga.' Hakikatnya, hidup mesti diteruskan dan Akhil hanya menerima setiap kritikan orang ramai dengan senyuman. Menyentuh tentang kerjayanya, Akhil berkata dia sedang menyiapkan album baru sejak tiga bulan lalu. "Saya selalu menghabiskan masa di studio untuk menyiapkan album dan menghabiskan rakaman program Cafe Akhil Hayy musim kedua yang hanya tinggal satu babak.

"Rakaman program itu dilakukan di sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong dan merata-rata tempat yang dramatik," ujarnya yang selesa bercakap mengenai kerjaya berbanding isu tak balik rumah dan keluarga.

Bercerita mengenai album yang dijangka akan diterbitkan dalam tahun ini, Akhil berkata sebanyak empat buah lagu berentak universal telah disiapkan. "Saya juga telah berbincang untuk berduet dengan sahabat seperti Mawi, Ramli Sarip dan M. Nasir. "Saya tidak terfikir untuk berduet dengan artis wanita," ujarnya yang menyanyikan sebuah lagu baru semasa persembahan sempena Muktamar PAS ke-55 semalam.

Kata Akhil, lagu baru berjudul Menangis itu mengisahkan tentang tangisan 'peribadi' dan 'umum' kerana apa yang berlaku di alam ini. "Masyarakat menangis..ada yang menangis kerana stadium runtuh, pasaraya runtuh dan keluarga yang hampir runtuh," tuturnya.

Ketika sesi temubual bersama pengerusi majlis, Zaidi Rustam (Wildani), Akhil menjawab 'album di mahkamah' sebelum menyebut dalam nada sinis 'siapa ada masalah keluarga, rujuk-rujuklah media' sambil tergelak. Akhil juga memberitahu yang lagu dalam album terbarunya diadaptasi dari aura yang tidak kondusif.

"Macamana keadaan seseorang itu diuji tetapi hasilnya ibarat orang yang dibaling batu-bata dan ambil untuk bina istana," ucapnya dengan penuh makna.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Semoga industri hiburan di Malaysia akan berkembang pesat sejajar dengan kehendak agama Islam, moral agama selain Islam dan akhlak budaya bangsa-bangsa bertamadun di dunia.

(Sumber mStar Online, Foto THE STAR Oleh: CHAN TAK KONG. AK)

7 comments:

jagatepikain said...

Boleh Pak Ibnu hurai lebih lanjut mengenai ndustri hiburan yang 'berkembang pesat sejajar dengan kehendak agama Islam, moral agama selain Islam dan akhlak budaya bangsa-bangsa bertamadun di dunia' seperti yang tuan sebutkan, jika ada kelapangan.

Unknown said...

To : Akhil Baliq

Saya menyampah sangat dengan gelaran 'Ustaz Rock' yang hang terima tu dan tak pernah pun hang cuba nak nafikan.

Adakah dalam mana-mana kitab istilah ustaz rock. ini menyesatkan. hang perosak status ustaz yang betoi-betoi ustaz. kalau betoi 3 bulan tak balik rumah jumpa anak bini, hang ni jenis apa.

Hang tewas pada 3'TA

Tahta, Harta dan Wanita.

Saya kesal sangat bila PAS panggil hang lagi untuk mengisi program parti. Memalukan.

jagatepikain said...

Kepada Razif..

1. Jangan emosi sangat, 'ustaz rock' itu orang panggil dia, bukan dia minta. Tak perlu dia nafikan, buang masa sahaja. Kerana..

2. Tunjukkan di mana salahnya gelaran itu dari segi agama. Tok Guru Nik Aziz pernah mengalirkan air mata dengar lagu rock. Kalau boleh kita nak Islamkan lagu rock. Fasai apa nak menyampah?

3. Hang tuduh 'kalau betoi 3 bulan tak balik rumah jumpa anak bini'...
Jangan tuduh lagi, itu urusan mahkamah. Mahkamah pun tangguhkan keputusan, kerana tuntutan cerai tak lengkap. Nak burukkan orang dengan perkataan 'kalau betoi, itulah yang tak betoi..

3. Tuduh pula Akhil Hayy tewas dengan 3ta.. Aku pun boleh kata hang tewas dengan 2ta. Apa 2ta itu? Ertinya, 'tak tahu'atau tak cukup ilmu tentang itu. Dah tak tahu, sombong pula? Salahkan PAS lagi..

4. Tak tahu juga nak sebut Akhil Hayy, tapi sebut 'Akhil baliq'.. Betoi-betoi hang ni 'belum baliq' dalam ilmu dakwah. Tak mahu gunakan base hiburan untuk dekatkan remaja pada agama..

Aku cukup takat ni, cuba fikir-fikir balik.. kalau perlu bertaubatlah!!

Ibnu Hasyim said...

Untuk jagatepikain,

Panjang nak hurai. Saya akan hurai sikit-sikit melalui kolum hiburan, yang akan saya wujudkan.. hasil dari pertanyaan anda itu.

T.kasih.

Insya Allah!

zizii said...

aku ni meluat ngan akhil sejak akhir2 nie. ada ka patut p tengok wayang ngan waheeda pastu p kat tepi pandai ngan pompuan gedik tu lagi.

yang hang duk cari unsur2 fitnah pasai apa? macammana org tak kata kalu dah macam tu. ada bukti gambaq lagi. buat malu je lah hang nie.

dulu duk ceramah sakan sangat, last2 dia sendiri buat benda2 pelik n ajaib.

cubalah jaga bini n anak elok2, kalu tak suka kat perangai bini ka, ceraikan saja dgn bini dulu.

pastu hang kawin la dgn biawak pun, tak dak sapa nak marah hang.

aku dah tak respect hang dah, malah semua orang terutama org pompuan yang jadi peminat hang dah meluat tengok muka hang. nak termuntah ada la.

len kali tok sah dok nasihat org, nasihat diri sendiri dulu.

Anonymous said...

kalau betul ustaz penampilan hendaklah kemas dan bagi saya PAS tak sepatutnya mengiyakan org macam nie, boleh menyebabkan remaja ingin berambut panjang kerana dia ada contoh, kononnya pendakwah...kalau betul islamic nyanyi nasyid bukan sentimental...beri ayat alquran yang membenarkan kita menyanyi jgn buat fatwa sendiri

hamba allah said...

ya allah...ape pun yg b'laku dah tercatat..siapa kita utk menilai org lain..akhil pun manusia mcm kita..knpe kita nk kate kt dia mcm2..kita bkan smpurna insan sgat pun..salah silap kiita tuhan yang akan hukum..insaflah diri sendiri dulu..akhil, kau sabar r..mulut org....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails