CATATAN SANTAI
SESAORANG melayari blog saya.. Saya lihat blognya bernama 'Nalapambu' . Dia adalah... begini ceritanya..
"Di kampung tempat aku tinggal hampir 70% penduduk nya Melayu, 20% Cina dan 8% India, lain2 2%. Aku berkawan dan bergaul rapat dengan semua kaum ini kerana kerja ku sebagai guru sekolah rendah. Aku dapati kaum Melayu ini tidak menunjukan apa2 perbezaan pergaulan harian mereka antara PAS dan UMNO.
Mereka berbaik berkawan mesra. Bila PRU di adakan baru lah kita tahu siapa PAS dan siapa UMNO. Ini berlaku semasa kempen dan gantung poster. Perbezaan yang sangat ketara ialah orang PAS lebih meminati Islam dari orang UMNO. Jika seseorang Melayu itu kuat tentang ilmu Islam ianya mesti menyokong PAS. Orang yang kuat Islam yang menyokong UMNO cuma ada kepentingan diri sahaja.(cari makan)"
Katanya lagi dalam tulisan yang lain di bawah judul 'Selamat Tinggal BN.'
"Selama lebih 50 tahun UMNO berkuasa memerintah dengan pertolongan kaum Cina dan India. Kini sudah sampai masanya UMNO terpaksa di tolak kerana sikap pemimpn2 UMNO yang tamak gila kuasa dan terlalu rasuah. Sekarang kami mahukan perubahan. Hanya PAS sahaja yang lebih nampak bersih dan jujur memerintah. Kami akan terus memberi sokongan yang padu terhadap PAS."
Pada saya, inilah contoh generasi baru Malaysia, yang akan mengubah politik Malaysia masakini ke arah kebaikan dan perubahan pembangunan sejati. Anda sendiri boleh melihat, banyak pandangan-pandangan menarik darinya. Sila lawati blognya http://nalapambu-09.blogspot.com. Terimakasih kepadanya dan selamat berkenalan.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. Jun 23, 2009.
No comments:
Post a Comment