KUALA LUMPUR: Minat terhadap senjata api mengundang padah kepada seorang peniaga yang terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara 30 bulan kerana memiliki pistol dan peluru tanpa lesen sah.
Koh Aik Hean, 37, yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 30 bulan atas pertuduhan memiliki pistol manakala bagi pertuduhan kedua memiliki peluru selama 15 bulan.
Bagaimanapun, Hakim Zainal Abidin Kamaruddin memutuskan supaya hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh Koh ditangkap iaitu pada 26 Jan 2008.
Mengikut pertuduhan, Koh didakwa memiliki sepucuk pistol Smith & Wesson Auto dan sepucuk Revolver .38 Spl tanpa satu lesen yang sah, di Jalan 2/95b, Cheras, pada 4 petang, 26 Januari 2008.
Koh turut didakwa memiliki 16 butir peluru hidup jenis Calibre 45 Auto dan 17 butir peluru jenis .38 Spl, pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ketika ditanya Zainal mengapa Koh melakukan jenayah itu, Koh berkata beliau mempunyai minat terhadap senjata api.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala Koh diwakili peguam Hisham Teh Poh Tek. BERNAMA
Komen Blog Ibnu Hasyim: Memiliki senjata suatu kesalahan jenayah, adilkah? Sepatutnya yang salah ialah 'menyalahgunakan' senjata. Di zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW digalakkan berlatih main senjata hingga masjid dijadikan gelanggang permainannya. Peraturan 'salah' menyimpan dan memiliki senjata ini diciptakan penjajah barat untuk membendung kebangkitan rakyat menentang mereka dan mahu melumpuhkan kekuatan hingga ke akar umbi dalam menegakkan keadilan.
Sedang memiliki senjata adalah perkara baik, kalau tidak di'salahguna'kan. Ianya sebagai latihan dalam mencipta benteng kekuatan negara. Seperti juga dadah, banyak dadah dibenarkan, berselindung di balik istilah ubat. Kini internet juga disalahgunakan!. Apakah 'kuasa politik' tidak merbahaya kalau disalahgunakan? Perlukah dihukum orang yang memegang jawatan politik?? Cuba renung-renungkan, apakah tidak ada hukuman lain untuk mengatasi masalah 'salahguna. seperti itu? (2MA)
1 comment:
Kesalahan memiliki senjata adalah salah satu cara membendung jenayah dan keganasan. Seperti yg berlaku di USA dan Norway, tembakan rambang dilepaskan oleh orang awam yg memiliki senjata api.
Jika membenarkan org awam memiliki senjata api,ia adalah berbahaya kerana kita tidak dapat menduga psikologi manusia yg bole berubah dgn tiba-tiba. Lebih-lebih lagi org awam yang tidak menerima latihan dan displin yg mencukupi utk mengawal emosi dan kelakuan apabila dilengkapkan dengan senjata api.
Sedangkan ada kes Askar dan Polis mengamuk menggunakan senjata api, inikan pula org awam. So, pengawalan memiliki senjata api adalah langkah yg bijak. Kita bukan di Thailand, USA, Colombia.. Kita di Malaysia yg aman damai.
Post a Comment