HALAMAN HIBURAN
FILEM 'Perempuan Berkalung Sorban (PBS)' menggamit kontroversi. Filem ini dinilai telah menyakiti umat Islam dan kalangan pesantren atau pondok-pondok agama. Imam Besar Masjid Istiqlal Indonesia Ustaz Ali Mustafa Yaqub mencadangkan agar filem sutradara Hanung Bramantyo ini diboikot. "Saya malah menganjurkan tidak usah nonton aja. Selesai. Kerana memang filem ini akan dapat menimbulkan salah paham terhadap Islam dan terhadap pesantren." kata Ali Mustafa Yaqub.Tidak hanya memboikot, Ali Mustafa juga meminta filem itu ditarik sementara dari peredaran. Bagi Ustaz Ali Mustafa Yakub yang juga menjadi Wakil Ketua Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI), ada dua hal yang menyakitkan umat Islam dalam filem itu.
Pertama, pencitraan Islam yang sangat buruk. Seolah-olah Islam mengajarkan yang tidak sesuai perkembangan zaman.
Kedua, penggambaran salah tentang pesantren. "Pencitraan tentang pesantren sangat disayangkan sekali, bahkan saya berani mengatakan itu bukan hanya merusak citra saja tapi memfitnah itu," kata pemimpin Pondok Pesantren Daarus Sunna tersebut. Tidak hanya memboikot, Ali Mustafa juga meminta filem itu ditarik sementara dari peredaran.
Sebelum ini di Malaysia dikejutkan dengan filem 'Gubra' terbitan Yasmin Ahmad. Gubra yang dimulai lafaz 'Bismillahir Rahmanir Rahim' dan paparan pemikiran 'pluralisme & liberisme' secara halus dan terancang. Ditonjolkan watak seorang lelaki (Bilal) yang baru masuk Islam, memegang anjing dalam perjalanan menuju surau, aksi seks diiringi suara azan Subuh, wanita mencabut bulu dada seorang lelaki Cina asing, bercakap atas katil jadi bualan biasa, kempen murtad secara halus antara lelaki Islam dengan lelaki Cina diselangi aksi seks dengan bunyi azan lagi, menunjukkan konsep semua agama sama (pluralisme) daan sebagainya.
Filem PBS lebih parah isinya dalam memberi gambaran buruk terhadap Islam. PBS, wataknya dilakonkan oleh pelakon 'Bawang Putih' menceritakan bagaimana Anissa anak seorang kiyai disebuah pesantren (pondok) didiskriminasikan begitu dahsyat oleh guru-guru dipesantren, termasuk bapanya sendiri, yang mempunyai fahaman sempit dan keras dalam agama. Contohnya, Anissa dipaksa berkahwin dengan lelaki yang ditentukan oleh bapanya sendiri sehingga lelaki itu menzaliminya setelah menjadi isteri.
Dia dan pelajar-pelajar pesantren tidak dibenarkan keluar ke kedai sedikitpun melainkan ada lelaki yang menemani. Buku-buku dari selain kitab-kitab pesantren seperti novel, cerita dan sebagainya tidak dibenarkan langsung dibawa masuk ke pesantren Al-Huda tersebut... Suasana tekanan digambarkan dirasai oleh pelajar-pelajar wanita dipesantren itu sehingga ada yang melarikan diri. Buku-buku dari luar itu akhirnya dirampas dan dibakar dengan iringan takbir. Berkarya untuk menulis pun dianggap ancaman zaman moden yang merbahaya bagi pelajar dan sebagainya.
Wanita anak kiyai inilah digambarkan sebagai ‘pejuang hak asasi wanita’ dalam mempertahankan hak-hak mereka yang dicabuli oleh kiyai-kiyai dan guru-guru berfikiran sempit. Dia bersusah payah ‘menyeludup’ buku-buku bacaan dari luar untuk pelajar-pelajar perempuan yang ingin membaca sehingga dimarahi pihak pentadbiran pesantren. Dia yang merasai tekanan untuk perjuangkan kebebasan dan keterbukaan ini diuji pula dengan kematian suaminya kedua setelah bercerai dengan suami pertama.
Akhirnya perjuangan yang didokong oleh pelajar-pelajar perempuan di pesantren itu berjaya melenyapkan pemikiran sempit kiyai dan guru-guru lain. Di akhir filem, digambarkan wanita ini sedang menunggang kuda dipesisir pantai bersama anaknya.. yang satu ketika dahulu menunggang kuda pun diharamkan oleh bapanya (kiyai)... dengan penampilan mengikat serban berwarna merah dileher. Serban merah itupun dicabut dari lehernya dan dibuang ketanah. Jelas, imej agama yang sempit itu disimbolkan kepada ‘serban’ yang dirungkai dari lehernya.
Filem ini ditentang oleh sebahagian besar pertubuhan-pertubuhan Islam dan Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) kerana jelas penyelewengannya. Samada filem ini sudah beredar di Malaysia, tak tahulah! Dan kita kena jaga-jaga, kerana menegak kebenaran dan menyekat kebatilan adalah dituntut agama tanpa batasan negara! Wallahu 'aklam. (2MA).
20 comments:
Salam.
PBS dan Gubra diterbitkan oleh Sisters in Satan.
Hanya Syaitaan yang berani mengtidakislamkan orang Islam.
Ma'af, saudara Zaidi, tapi awak berlagak seperti hamba Syaitaan.
Hai Orang Islam.
Sekiranya apa yang sampaikan melalui filem-filem atau ucapan-ucapan atau tingkah laku yang bersifat menghina agama Allah SWT, maka penerbitnya telah dihasut oleh penerbit bersama (co-producer) iaitu syaitan. Bukan manusia yang sahaja penerbitnya...malahan juga syaitaan.
Orang Islam yang mengiyakan filem tersebut di katakan tersesat oleh ajaran syaitan namun masih lagi Orang Islam. Kafir lain pula maknanya. Cuba rujuk Kitab kalau tak caya.
Kamu menjatuhkan hukum tanpa dalil. Maka hamba Syaitaanlah kamu.
...dan mereka yang yang nampak kebatilan melalui perilaku kesyaitanan sedemikian disebut hamba-hamba Allah SWT..bukannya hamba syaitan.
Mungkin mereka hamba syaitaan, mungkin tidak. Mungkin mereka sudah bertaubat, mungkin anda belum. Mungkin mereka mengerjakan solat yang lengkap, mungkin anda tidak. Walaubagaimanapun, hukuman sebegitu adalah hak Allah, bukan kita. Saya hanya melihat melalui apa yang anda lafazkan. "PBS dan Gubra diterbitkan oleh Sisters in Satan."
Salam ziarah. mohon copy artekil ini. terima kasih...
Hai Orang Islam.
Sekiranya tuan menggunakan fatwa "bermungkin-mungkin", maka semakin ramailah umat Islam yang sesat kerana tuan juga akan berkata "mungkin" mereka sesat..."mungkin" tidak sesat.
Islam adalah agama yang LURUS, BUKAN agama "mungkin-mungkin"....sedarkanlah anak-anak dara tuan dahulu sebelum menyedarkan orang lain.
Hai Orang Islam.
Orang Islam yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, dan menjual dalil dari ayat-ayat Nya dengan harga yang murah, mereka itu bukan di kalangan orang yang beruntung dan bagi mereka siksaan yang amat pedih di akhirat.
Maka tak perlu saya sebutkan dalil dari al-Quran di sini.
Setahu saya hanya hamba yang 'mukhlisin' sahaja yang terpelihara dari hasutan iblis syaitan (ingat sumpah iblis kepada Tuhan di alam rukh?).
Adakah pelakon wanita yang berpeluk-peluk dengan lelaki bukan muhrim itu hamba yang 'mukhlisin'??
Adakah pengarah wanita yang terdedah aurat itu hamba yang 'mukhlisin'??
Adakah penerbit yang melaburkan wangnya dalam produksi filem yang menyesatkan sebegini seorang hamba yang 'mukhlisin'??
Jawablah hai Orang Islam.
Adakah orang yang mengkafirkan sesama Islam itu "mukhlisin"?
Qamar Muneera,
OK, boleh copy, no problem..
Khabatnya, cik ni orang Simpang 4, P.Pinang. Simpang 4 Balik Pulau ke?
Hai Orang Islam.
Orang kafir akan dibangkitkan di akhirat kelak dan menerima pembalasannya oleh Tuhan. Itu janji Tuhan. Begitulah hukum kafir. Dari komen pertama lagi saya tidak menuduh penerbit itu kafir kerana Allah SWT sahaja yang berhak membaca rahsia hati. Orang kafir tidak menyesatkan orang Islam disebabkan akidah orang Islam SUKAR untuk terpengaruh dengan orang kafir.
Saya menuduh bahawa penerbit tersebut bersaudara dengan syaitan (siapa pula yang tuduh dia kafir?)kerana hasil karyanya menyesatkan orang Islam. Siapa yang menyesatkan penerbit tersebut? Sudah tentu syaitan. Sekiranya watak-watak yang dilakonkan semuanya watak bukan Islam maka ianya tidak menyesatkan. Bila watak-watak yang yang dilakonkan ialah watak Islam, ianya akan mempengaruhi umat Islam dan memburukkan imej Islam. Hukumnya orang yang mengaku Islam tetapi berusaha menyesatkan orang Islam yang lain ialah hukuman bunuh kerana akidah umat Islam MUDAH disesatkan oleh orang yang mengaku Islam. Orang yang mengaku "Orang Islam" tetapi niat dihatinya untuk menyesatkan sekalian ummah!! Hukum menjatuhkan fatwa "sesat lagi menyesatkan" tidak perlu golongan "mukhlisin". Golongan ahli kitab (dari para ulamak) pun sudah boleh memberi fatwa.
Saya harap Orang Islam boleh memahami definisi-definisi golongan "hamba di kalangan hamba-hamba", "mukhlisin", "ahli kitab", "sempurna iman", "beriman", "munafik", "fasik", "sesat" dan "kafir" terlebih dahulu sebelum bertanya saya soalan-soalan yang ada semua jawapannya di dalam al-Quran.
Salam Pak Hasyim. mohon copy artikel ini. terima kasih...
p/s: saya pun dok dekat Spg 4.
Dan saya juga harap saudara Zaidi Ali boleh faham apa erti sebenarnya di sebalik ucapan dua kali masyahadah.
InsyaAllah, saya faham. Harap saudara Orang Islam pun faham sefaham-fahamnya akan Rukun Iman dan syarat-syarat untuk terkeluar dari iman.
insyaAllah, semua orang yang beriman faham.
Ok, En Zaidi. Copy saja.
Salam... Mohon izin untuk menyalin dan menampalnya di BLOG saya.. Syukran.
Saya dari simpang Ampat seberang prai Selatan, penang. terima kasih atas keizinan..
Encik Abu,
OK, bagus, sila panjangkan..
Al-Fatihah untuk Allahyarhamhumah Yasmin...semoga dibangkitkan kelak di kalangan hamba-hamba Nya yang beriman.
Post a Comment