Tuesday, June 09, 2009
Jambatan Baru Ke Singapura Untuk Siapa?
'KERAJAAN Malaysia sewajarnya tidak perlu membina jambatan kedua, ketiga atau seterusnya ke Singapura.' demikian pandangan yang dinyatakan oleh PAS Cawangan Sentosa 2, Kawasan Hulu Selangor melalui blognya http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com.
Menurut pandangan tersebut, wajarkah membina semula The Crooked Bridge? Kalau difikirkan secara logik, siapa yang berkehendakkan laluan ke SIngapura? Bukankah rakyat Singapura yang lebih memerlukan jambatan ke Malaysia? Negara mereka kecil , mereka yang sebenarnya perlukan jambatan baru, jambatan banyak dan baru ke Malaysia. Adakah disebabkan faktor Industri pelancungan maka Kerajaan Malaysia sanggup buat projek yang berlebihan begini?
Blog Ibnu Hasyim memanjangkan pandangan tersebut ke haribaan anda...
'... The Crooked Bridge atau Jambatan Indah mahu dipertimbangkan semula oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Beliau menegaskan bahawa sebarang legasi atau perkara-perkara yang boleh menghalang usaha kerjasama antara Malaysia dan Singapura perlu diketepikan. Maka, tidak hairanlah apabila beliau menyebut samada jambatan bengkok atau lurus, tapi yang penting adalah mengeratkan hubungan Malaysia dan Republik Singapura. Kenapa Jambatan Bengkok atau Jambatan Indah ini ingin dibina? Ada dua faktor pendesak yang kuat untuk membina jambatan ini.
Pertama, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Johor Bharu.
Kedua, bagi memaksimakan fungsi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar. Jika jambatan ini dapat dibina maka ia akan memudahkan segala urusan di Johor Bharu khususnya kerana ia akan terus menghubungkan ke CIQ. Maka, CIQ tidak menjadi satu lagi projek gajah putih.
Mengikut pandangan Prof Dr Nik Anuar (UKM), pembinaan jambatan ini wajar diteruskan kerana Tambak Johor perlu dirobohkan dan digantikan dengan jambatan yang lebih menjaga ekosistem. Tambak Johor telah menyebabkan Selat Tebrau tidak dapat dioperasikan secara efektif sebagai pemacu dana kerajaan dan menyekat pertumbuhan industri perkapalan. Tambak Johor yang siap dibina pada 1924 itu telah menghalang Selat Tebrau untuk dijadikan laluan utama kapal dagang di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Malah, sekiranya jambatan ini dapat digantikan maka ia membolehkan kapal-kapal beroperasi di Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kenapa jambatan ini bengkok? Pada awal perancangan Tun Dr Mahathir, jambatan yang ingin dibinanya adalah lurus. Ia unik atau bengkok disebabkan Singapura tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan tersebut. Maka, kerajaan berhasrat ingin merobohkan sebahagian Tambak Johor di wilayah Malaysia kemudian membina jambatan yang terpaksa dibengkokkan. Maka usaha-usaha awal pembinaan telah berlangsung meskipun perundingan antara kedua-dua negara masih berjalan pada 9 Mac 2006.
Ia sebagai simbolik komitmen kerajaan untuk membinanya. Difahamkan ia bernilai RM 1.26 bilion. Kontraktor utama atau pengurusan yang bertanggungjawab mengetuai projek ini ialah Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB). Ia diketuai oleh Datuk Yahya A. Jalil. Beliau mengatakan bahawa jambatan ini begitu istimewa kerana ia adalah kombinasi beratus syarikat kontraktor dan menghimpunkan pakar-pakar tempatan.
Apakah hasilnya? Pada tahun 1997, Tun Dr Mahathir mengisytiharkan bahawa Tambak Johor akan dirobohkan dan digantikan dengan jambatan lurus. Dikatakan ia adalah hasil ilham Datuk Yahya A. Jalil. Tun begitu komited mahukan jambatan ini wujud. Pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003. Setahun selepas beliau dilantik, beliau telah menghulurkan tangan sebagai tanda permuafakatan Malaysia dan Singapura. Pada waktu itu, beliau hanya berunding dengan Menteri Kanan Singapura, Goh Chok Tong.
Rundingan demi rundingan diadakan. Masa telah banyak dihabiskan di meja bulat. Walaupun, simbolik kerja-kerja awal telah diadakan pada 9 Mac 2006, sebulan selepas itu Tun Abdullah telah mengarahkan segala gerak kerja pembinaan dan rundingan dihentikan serta merta. Tun Abdullah dengan mudah mengatakan bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan dan sentimen rakyat Malaysia. Kenapa? Singapura telah membuat tuntutan supaya Malaysia menjual pasir ke republik berkenaan dan membenarkan Tentera Udara Singapura menggunakan ruang angkasa di Johor untuk latihan ketenteraan. Maka, dua asbab itu membantutkan usaha pembinaan jambatan.
Terdapat maklumat sahih juga mengatakan bahawa Singapura tidak mahu membazirkan wang rakyatnya kira-kira S$500 untuk jambatan itu. Tiada keperluan mendesak untuk membina jambatan tersebut. Sebenarnya, selain daripada isu jambatan ada beberapa lagi isu besar diantara Malaysia dan Singapura. Tidak berhasrat ingin dibincangkan dalam entri ini. Apakah implikasinya? Apabila jambatan diarahkan berhenti serta merta, sekurang-kurangnya ada dua implikasi besar.
Pertama adalah politik nasional dan UMNO.
Kedua adalah kewangan negara dan wang rakyat.
Selain itu adalah implikasi perundangan yang baru sahaja diketahui oleh kerajaan daripada Jabatan Peguam Negara. Tun Abdullah menghentikan projek berkenaan dan ia telah mengundang kecewa dan marah pewarisnya. Justeru, dipalitkan ke muka Tun Abdullah dengan sifat tunduk dan takut terhadap Singapura. Ekoran daripada itu, maka berlakulah pertembungan dua pemimpin negara. Ramai yang menyerang Tun Dr Mahathir sehingga segelintirnya meminta Tun dikecualikan daripada menghadiri Perhimpunan Agung UMNO pada waktu itu. Lebih teruk lagi menyuruh Tun diam dan jangan mengkritik.
Surat menyurat pada zaman Tun didedahkan dan beberapa dokumen rasmi kerajaan dibawah Akta Rahsia Rasmi diklasifikasikan semula untuk mencari hujah. Selain itu, persepsi Tun Abdullah melonjak naik sebagai seorang patriot, terbuka dan mengutamakan rakyat. Sahamnya untung berlipat kali ganda. Tidak keterlaluan ada yang beranggapan Tun Abdullah seorang yang bijak dan berani untuk tidak melayan karenah republik itu. Selain dua pemimpin utama ini, kes ini juga mengangkat nama Ahli Parlimen Johor Bharu. Kebetulan pada waktu itu berlaku dikawasannya dan beliau adalah Pengerusi BNBBC.
Rakyat turut diheret dalam isu ini. Kononnya, projek ini untuk kemudahan rakyat. Betul. Tapi bagaimana implikasi ekonomi dan wang rakyat ini? Menteri Kerja Raya pada waktu pada awalnya menjangkakan pampasan yang terpaksan diberikan kepada GPSB adalah sebanyak RM 100 juta meskipun tuntutannya adalah RM 360 juta. Namun, setelah perkiraan dari Perbendaharaan dan perundingan dilakukan, jumlah pampasan yang terpaksa diberikan kepada syarikat berkenaan adalah sebanyak RM 257.4 juta. Lebih menyedihkan, kerja-kerja awal yang dikatakan bermula pada 9 Mac 2006 baru bermula 5 peratus. Hanya membuat ukuran dan membuat kajian semata-mata.
Baru sebulan sebelum dibatalkan ia telah mencecah RM 257.4 juta. Wang itu diambil daripada kerajaan yang dilantik oleh rakyat yang membayar segala jenis cukai. Bagaimanakah cara menyelesaikannya dibawah kerajaan Najib Tun Razak? Pada Mei 2009, beliau telah berunding dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Namun, keputusannya belum ada. Tetapi, kerajaan Malaysia berhasrat untuk membina jambatan ketiga bagi menghubungkan Singapura dengan kawasan Timur Johor khususnya Desaru dan Pengerang. Jambatan ketiga ini tidak akan merobohkan Tambak Johor sebaliknya buat yang baru.
Dari Singapura pula melaporkan bahawa kerajaan republik tersebut memberikan beberapa cadangan untuk dibincangkan iaitu membaikpulih dan menaiktaraf Tambak Johor dan membina beberapa rel lagi untuk kemudahan rakyat.'
Blog Ibnu Hasyim bersetuju dengan pandangan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hubungan ke Pulau Singapura perluka satu laluan darat yangjelas dan munasabah.
1. Runtuhkan tambak Johor di bahagian Malaysia dan ganti dengan jambatan selebar 1000 meter dan muat untuk kapal melaluinya. Kita akan dapat membaiki ekosistem Selat Tebrau dan membenarkan aliran kapal kecil.
2. hentikan projek jambatan kedua kerana tidak memberi apa2 faedah kecuali kurangkan kesesakan.
3. Lebarkan 2nd link menjadi 4 lorang dan wajibkan semua lori melalluinya sahaja.
3. Lebarkan laluan KTM ke Tg Pagar sebagai laluan komuter setiap 5 minit seperti komuter di Lembah Kelang. Itu hak kerajaan Malaysia selagi ada bintang dan matahari.
Semua tren express berhenti sehingga Johor baru dan penumpang menukar ke komuter untuk memasuki Singapura.
4. Hentikan projek penambakan laut di Timur Laut Singapura dengan mengalihkan pengkalan TLDM ke Tg Perling. Denagn itu kita boleh pastikan semua kapal TLDM berada di sana jika Singapura meneruskan kerja penambakan.
membina pangkalan TUDM di Senai sebagai langkah timbal balik terhadap latihan tentera udara Singapura melepasi ruang udara Malaysia.
Dan akhir seklai tidak membenarkan kapalternag memasuki ruang udara Malaysia dari Lapangan Terbang Changi. INi juga satu latihan perang oleh juruterbang SIA yang berkhidmat dengan tentera udara Singapura.
Susah ker semua ini?
Atau Mahahtir dan Daim dah buat eprjanjian lain yang menjual tanah Malaysia di Singapura sendiri serta semasa Mahyudin jadi MB Johor????
T.kasih. Baik pandangan anda..
Post a Comment