HIBURAN
FILEM 'Jomlah C.I.U.M', adakah filem adegan bercium? Sebenarnya Jomlah C.I.U.M adalah singkatan untuk Jomlah.... Cari Identiti Untuk Malaysia, filem yang cuba mengupas keindahan tiga agama yang dianuti rakyat negara ini iaitu Islam, Buddha dan Kristian. Filem yang sarat dengan semua ajaran agama ke arah menyatupadukan rakyat negara ini.
Begini kisahnya..
Seorang ustaz buta berusaha membina sebuah surau untuk membawa golongan muda-mudi yang sesat ke jalan yang diredhai Allah. Walaupun buta, ustaz berpendapat ajaran agama dapat menyelesaikan masalah sosial seperti penagihan dadah dan samseng jalanan. Oleh kerana menghadapi masalah kewangan, ustaz tersebut melekat poster dan mengedarkan risalah untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada orang ramai. Dia merasa terharu apabila mengetahui sami Buddha (pengarah muda Manaan Subash) dan rahib Kristian (aktres Kenchana Devi) sanggup menolong ustaz untuk membina surau tersebut.
Filem Genius Parade itu merupakan karya ketiga produksi kecil itu selepas filem "Pensil" dan "Syirik". Penggambaran dijalankan di sekitar Hulu Langat, Semenyih dan Kuala Lumpur selama empat hari ini. M. Subash pengarahnya memberitahu, filem itu menelan kos pembikinan berjumlah RM200,000-RM250,000 itu dan ia akan ditayangkan mulai 23 Julai ini.
Ketika ditanya mengenai ketiadaan pelakon Cina dan bangsa lain dalam filem itu dan hanya penampilan pelakon berbangsa Melayu dan India, beliau menjelaskan, isu itu sepatutnya tidak timbul kerana bangsa Malaysia tidak diklasifikasikan mengikut kaum. "Boleh saya katakan hala tuju filem syarikat adalah menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum," katanya.
Apa yang lebih penting, katanya, filem itu yang sarat dengan semua ajaran agama dapat menyatupadukan rakyat negara ini. "Bila kita berkata tentang Malaysia, apakah sebenarnya identiti rakyat negara ini? Rakyat negara kita terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. "Objektif utama filem ini adalah untuk memahami Malaysia... selari dengan aspirasi '1Malaysia' slogan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," jelas Subash.
Subash juga mempersoalkan samada rakyat Malaysia hipokrit dan di manakah hala tuju kita? Filem ini, kata Subash, mungkin berjaya membantu kita memahami jiwa kita sebagai rakyat Malaysia. "Filem ini sedikit sebanyak memberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan rakyat menerusi agama untuk mencapai 1 Malaysia," katanya pada majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor semalam.
Filem tersebut diberi judul komersial sedemikian bagi menarik perhatian orang ramai. Hadir sama ialah penerbit GP Sdn. Bhd. Surenthar dan barisan pelakon seperti Ibrahim Mat Isa sebagai ustaz, Hajah Maimunah Ahmad (Nenek), Wahi Aziz (cucu Nenek), Kenchana Devi (Rahib Kristian) dan M. Subash (Sami Buddha).
Apa istimewa filem itu? Pengarah muda GB Sdn Bhd, M. Subash itu adalah yang juga merupakan saudara baru. Sebelum bergelar saudara baru, M. Subash atau nama Islamnya, Manaan Subash memang sudah lama meminati ajaran Islam yang dianggapnya cukup indah. Keinginannya untuk mempelajari tentang Islam semakin membuak-buak apabila dia bertemu dengan seorang pengurut tradisional, Ustaz Ibrahim Mat Isa yang mengubati sakit belakang yang sejak tahun lalu.
Ketika itu, Subash sering mendapat nasihat, bimbingan dan ceramah agama setiap kali dia berurut lebih sejam dengan ustaz yang cacat penglihatan itu. Akhirnya, pada 15 Disember lalu, Subash memeluk Islam. Maknanya dia menghayati apa yang dia ilusikan dalam filem.. seolah-olah filem-filem sebelumnya adalah catatan dairi dalam kehidupannya. Dia juga mempersoalkan samada rakyat Malaysia hipokrit dan di manakah hala tuju kita?
Ertinya dia mempunyai visi Islam yang jauh. Visi perpaduan di Malaysia yang berbagai kaum melalui agama Islam. Mungkin sebab itu, walaupun ahli-ahli keluarga menentang pada awalnya, tetapi setelah melihat kesungguhan Subash, mereka akhirnya merestui kehendak murninya itu. "Kehidupan saya berasa lebih tenang, fokus dan terarah selepas saya memeluk Islam. Saya memilih agama Islam kerana ia menganjurkan konsep Yang Esa," katanya selepas majlis pratonton filem Jomlah C.I.U.M.
Ustaz Ibrahim berdakwah.. hingga ke dalam filem.
Menariknya lagi, dalam filem itu, watak ustaz buta itu dipegang sendiri oleh Ustaz Ibrahim setelah Subash sendiri menawarkan watak itu kepadanya. Ustaz yang betul-betul berdakwah itu... Sementara itu, Ustaz Ibrahim memberitahu, dia mengenali Subash apabila pelakon itu sering mendapat rawatan urutnya dan kagum dengan minatnya yang ingin mempelajari tentang Islam. Katanya, selepas selesai menjalani rawatan, Subash akan menghabiskan masa berbincang mengenai Islam.
"Saya akan bercerita tentang Allah, Nabi Muhammad dan lain-lain kepadanya. Saya akan memberi banyak penjelasan jika dia mempunyai kekeliruan," katanya. Ibrahim berkata, dia bersyukur kerana dapat menemani Subash ke Jabatan Agama Islam untuk mendaftarkan diri sebagai saudara baru, tahun lalu.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah filem ini tidak secara langsung memaparkan kisah politik Malaysia ke arah Kerajaan Perpaduan yang ingin meletakkan Islam sebagai asas perpaduan??
(Pelbagai sumber, dll/AK)
No comments:
Post a Comment