Friday, June 05, 2009

Kepimpinan Pemuda & Ulama PAS..



GAMBAR di atas, YB Salahuddin Ayub (tengah) bersama Nasrudin Hassan (kanan) yang menggantikannya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS dan Azman Shapawi selaku Timbalan Ketua yang baru sayap itu pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50.

Sementara itu, Wakil Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman ketika membahaskan Ucaptama berkata Isu dalaman parti wajar diselesaikan di peringkat parti tanpa meuar-uarkan kepada orang luar terutamanya media massa yang tidak bersama perjuangan PAS. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan berkata, biarpun media memberi sokongan kepada PAS, dalam masa yang sama mereka memecahkan parti.

“Kita jangan menari mengikut rentak media, kalau mereka bersama kita pun hanya hendak pecah belah,” ujarnya dalam ucapan perbahasan ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-50 di Taman Melewar, dekat sini, hari ini.

Keputusan Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat dan DewanUlamak PAS Pusat adalah seperti berikut..

Keptusan Penuh Dewan Pemuda PAS Pusat 2009-2011
Ketua Dewan Pemuda: Nashruddin Hassan (MTB)
Timbalan Ketua : Azman Shapawi Abdul Rani (MTB)
Naib Ketua: Ahmad Sabki Yusoff (MTB).

Ahli Jawatankuasa
1. Riduan Mohd Noor – 197 undi.
2. Nik Abduh Nik Aziz -194 undi.
3. YB Mohd Firdaus Jaafar (176);
4. Mohd Nazri Chik Zain (165);
5. Suhaizan Kaiat (165);
6. YB Nasir Zakaria (150);
7. Kamal Ashaari (145);
8. Kamalrulzaman Mohamad (139);
9. Khairul Faizil Ahmad Kamil (139);
10. Mohd Adram Musa (135);
11. Abdullah Abdul Karim (127) dan,
12. Raja Iskandar Raja Yaacob (120).

Seramai 229 perwakilan telah mengundi hari ini. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan Dewan Pemuda PAS, Hassan Shukri sebentar tadi.

Manakala keputusan penuh pemilihan jawatan Dewan Ulama PAS Pusat yang diumumkan oleh Dato’ Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.

Ketua: Ustaz Harun Taib (Menang tanpa bertanding – MTB)
Timbalan: Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)
Naib: Dr Mahfodz Omar (MTB)
AJK:
1. Ustaz Husin Awang (193 undi)
2. Ustaz Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato’ Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8.Ustaz Hasan Mohamad (143)
9.Ustaz Ismail Noh (138)
10.Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11.Ustaz Mohd Mustafa (131)
12.Ustaz Abdullah Husin (129)

Pemeriksa Kira-kira: Ustaz Hj Ibrahim Omar (188)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails