Thursday, June 18, 2009

Rampas Royalti Petroleum Rakyat Kelantan RM 1 Billion, Adalah Bukti..


KOTA BHARU. JUN 18 2009 Kerajaan Negeri Kelantan menuntut Kerajaan Pusat menjelaskan bayaran tunggakan royalti hasil pengeluara:n petroleum di Kelantan yang kini dianggarkan berjumlah RM1 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, tunggakan itu berikutan Kerajaan Pusat tidak menjelaskan royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat negeri ini seperti yang sewajarnya.

“Dalam mesyuarat exco hari ini (semalam), Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Pusat supaya menjelaskan royalti hasil minyak itu yang tertangguh setakat ini kira-kira RM1 bilion.. Menjadi harapan rakyat Kelantan supaya bayaran itu dapat dijelaskan berikutan ini tahun keenam sejak Kelantan disenaraikan sebagai pusat pengeluaran petroleum negara selepas Sarawak, Terengganu dan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Mingguan di sini, semalam.

Menurutnya, anggaran pengeluaran minyak di negeri tersebut berjumlah RM2.5 bilion setahun berdasarkan data-data yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan negara. Katanya, sebanyak RM2.615 bililon dihasilkan pada 2006 dan terbaru sebanyak RM2.7 bilion pada 2008. Husam berkata, dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan selama ini, Kerajaan Pusat diharap tidak menghadapi masalah menjelaskan royalti itu kepada rakyat Kelantan.

“Perkara ini baru dibangkitkan kerana perangkaan itu baru diedarkan kepada pegawai kita Mac lalu ketika menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri.. Pelbagai alasan boleh diberikan bagi mengelak menjelaskan bayaran itu tetapi amat memalukan jika Pusat tidak memberikan hak rakyat Kelantan itu,” katanya. Semetara itu, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah membangkitkan isu tersebut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tindakan zalim ini adalah satu bukti terbaru menunjukkan Kerajaan BN tidak berminat untuk berkerjasama dengan PAS, walaupun Kerajaan Perpaduan sentiasa digembar-gemburkan dibibir mereka. Banyak lagi bukti-bukti lain antaranya termasuk rampasan royalti minyak sewaktu PAS memerintah Terengganu baru lalu, dan lain-lain. (Sumber Jiwo Kelate, MalaysiaKini dll/AK).


1 comment:

D'ayo said...

Salah satu kesan dari kezalimanan itu ialah di Parlimen Rantau Panjang... kesian nengok YB Kak Zai ke hulu-hilir mencari dana bagi mengatasi masalah banjir di sana...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails