Tuesday, June 23, 2009

K/Perpaduan: Luka Nampak Sembuh Tapi..

CATATAN SANTAI

SEBENTAR tadi, saya ditemukan dengan seorang sahabat lama PAS yang sama-sama berada di majlis ukhuwah pemimpin-pemimpin PAS petang dan malam semalam berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.

"Okey. Semuanya beres, yang seolah-olah luka itu sudah nampak sembuh sekarang??" Saya tanya.

"Ya! Luka luar sudah nampak sembuh, tapi yang bengkak masih belum surut, seolah-olah ada duri yang masih belum boleh dicabut!" Jawabnya. "Memang duri-duri kecil sudah dicabut, tetapi bengkak tak nampak surut lagi, mungkin masih ada bapak duri mencengkam di dalamnya.."

"Ah.. berkias-kias pula.." Saya nak terus terang. "Apa duri-duri itu?"

"Terus terang aku kata.. Sebelum dijalankan undi dalam muktamar 55 lepas, melihat kepada perlantikan pengira undi, dari segi jumlah, masa dan ketidak telusan pemerhati, pemerahati tidak dibenarkan masuk dan segala macam, kami sudah tahu idola kami akan kalah. Tapi bukan kerana kalah kurang dari undi perwakilan.. kalah kerana SPR muktamar!!"

Kami yang dengar, terkejut.

"Dalam pertandingan Timbalan Presiden, undi penentang penyandang, keputusannya tiba-tiba terpecah dua. AJK yang menangpun tidak imbang, ditinjau dengan selidik perwakilan. Bila perlantikan AJK pula, orang yang sudah tidak dilantik muktamar beberapa penggal, tiba-tiba dipilih memegang jawatan penting! Seolah-olah dia yang menentukan dasar, apalagi bila dilihat rekod-rekod lalunya berhubung Kerajaan Campuran/Perpaduan dalam ertikata hubungan PAS/UMNO saja...."

Mata yang mendengar kritiknya mulai terbeliak.

Seorang dari kawan kami mencelah, "Aku terima SMS sebelum ini dari penyokong PAS yang bukan Islam, katanya, Lu sokong Tok Guru mana? Tok Guru sokong UG (Kerajaan Perpaduan) ke, tok Guru lawan UG? Kalau jadi UG UMNO-PAS, kami mahu pergi mana?, katanya. Aku tak boleh jawab apa-apa.. Nasib baik ada kumpulan 10 Ahli Parlimen yang mula cetuskan anti K/Perpaduan, bertolak dari situlah berlaku seperti sekarang."

Sahabat lama PAS itu menyambung lagi, "Mengapa tiada ketelusan dalam menjelaskan mengenai biaya pengurusan muktamar yang dilaporkan dibiayai syarikat UMNO?? Benarkah?" Katanya menikam, walaupun nampak tenang. "Aku bimbang.. bengkak dari kesan luka itu lambat laun akan bernanah, dan merosakkan tubuh PAS. Na'auzubillah.."


Tanpa disedari, air sudah tergenang di kelopak matanya. Dengan sebak katanya,"Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT selamatkan jamaah dan perjuangan kita...."

Dia membacakan doa, dan kami aminkan beramai-ramai...

Catatan Santai Ibnu Hasyim
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
UK Perdana.
Jun 23, 2009.

7 comments:

pemerhati muktamar said...

tuan, kalau benar ada tipu muslihat kenapa xreport sprm, jgn main buat tuduhan palsu kpd pemilihan perwakilan muktamar. muktamar telah selesai, takbolehkah terima saja kepimpinan yg dipilih? tuan seolah2 sangsi dgn kepimpinan. tolong jgn jadi batu api lagi. saya sudah muak. smlm tok guru nik aziz telah cakap selesai, kenapa tuan masih bangkitkan lagi hal ini. kenapa perlu jadi batu api!! sila buat laporan jika benar tidak ada ketelusan!!

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih komen anda. Nampaknya kita sama-sama pemerhati dalam muktamar.

Pertama:Bunyinya cakap tuan macam cakap pemimpin-pemimpin UMNO terhadap PAS. Tuduhannya,PAS batu api pemecah belah orang Melayu, terima saja kepemimpinan Melayu yang ada, jika ada yang tak betul sila buat laporan. Mengapa PAS masih berceramah hentam sana sini tidak ikut saloran?

Kedua: Tuan baca artikal Jun 21 lalu dalam blog ini 'Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..'Ada 6 perkara yang boleh kita nyatakan keburukan orang.. contohnya perkara ke2 & ke 4.Ertinya boleh menyatakan seperti tulisan di atas.

Ketiga: Kita boleh runding dan bincang terus, tetapi tuan kena nyatakan identiti tuan sebenarnya supaya jelas mana musang, mana ayam? Kalau perlu bertemu, kita bertemu. Identiti saya sudah tertera.

Keempat: Cukup setakat ini dulu, saya tunggu respon lanjut. Wassalam.

azman said...

bo bo lar tu....... husam ngan mat sabu releks jer.......

Anonymous said...

Sesungguhnya UMNO berduka bila PAS kembali bertauh ukhuwwah.Ahli dan pencinta PAS mengucap syukur penuh gembira tak terkata menitis ayer mata kerna selesainya sengketa.Maka sesiapa ada sebesar zarah perasaan duka, jadilah ia adik beradik UMNO walaupun kononnya menolak UMNO.

Anonymous said...

Saya sokong PAK ibnu.

Hanya fasal sedih sudah dituduh Adik - beradik UMNO, ni la batu api. Tak kira sedih pasal ape. Bukan nak tarik org masuk pas, tapi nak suruh orang jadi umno. Ni baru batu api. Bengong..

Anonymous said...

Tak habis2 lagi ko? Telah terbukti setengah ahli dan pemimpin Pas tidak berfikiran terbuka dan seolah2 tidak ada ruang untuk berbeza pendapat. Mudah dilaga2kan olih musoh dan nampak tidak cerdik. Sungguh malang sekali!

ramli said...

kalau tak salah pemahaman saya, tok guru kelantan tidak menarik balik perkataan 'boneka amno'. Rasanya tok guru kelantan ni tak sampai hati sebut 'balaci amno'.

isu 'musuh dalam selimut' tok guru perak juga belum selesai.

yg selesai cuma isu 'kerajaang perpaduang pas tranung' buat masa ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails