Wednesday, June 03, 2009

Lagi Wakil BN Mohon Maaf Pada PAS/Husam..


HARI ini seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) iaitu Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada Naib Presiden PAS Dato’ Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Kelantan yang telah difitnah dengan dakwaan melakukan penyelewangan, namun tiada sebarang bukti.

Adham (kiri), Nozula (tengah) bersalam dengan Dato' Husam Musa - Foto Harakahdaily

Adham (kiri), Nozula (tengah) bersalam dengan Dato' Husam Musa - Foto Harakahdaily

“Saya amat berterima kasih kepada Dato’ Husam kerana sudi menerima permohonan maaf kami secara bersemuka dan ini amatlah dihargai,” katanya pada persidangan media di bilik rehat Adun di Tingkat 1, bangunan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Semalam, Adun BN Paloh, Dato’ Nozula Mat Diah lebih awal menarik balik segala tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap anggota Exco terbabit dua tahun lalu.

Pada 27 November 2007 Adun terbabit membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dengan menyerahkan dokumen yang diperolehi dari sumber yang tidak pasti kononnya penyelewengan dilakukan Dato Husam.

Dakwaan mereka sebelum ini membabitkan sembilan isu termasuk salah guna kuasa, penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd, isu kedai Majlis Daerah Machang dan kambing jamnapari.

Ekoran dakwaan tersebut Husam yang juga Naib Presiden PAS menyaman sejumlah RM6 juta terhadap kedua-dua Adun BN terbabit kerana memfitnahnya.

Mohd Adhan berkata, beliau mengikut jejak rakannya Nozula menyelesaikan kes di luar mahkamah.

(Jiw0 Kelate/2MA)

2 comments:

Pak Oncu said...

masuk lah PAS,,,,,,,,, tinggal kan lah UMNO tu,,, hahahaha

amin said...

berita gempar

Sayuti MSO Mohon Maaf Pada PAS/Husam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails