JENDELA GLOBAL
RIUH-RENDAH dalam web Indonesia kini, huru-hara dengan cerita-cerita Manohara, wanita Indonesia yang kononnya dianiaya oleh warga Malaysia.
Dari isu Manohara dengan anak Sultan Kelantan mulanya, media Indonesia meneruskan paparan isu ambalat atau sempadan negara, rentetan dari kapal Malaysia yang masuk ke kawasan Indonesia baru-baru ini dan isu itu terus bertalu-talu bertiup kencang tanpa henti hingga ke permasalahan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia.
Kini huru-hara Manohara hidup lagi, tetapi kali ini 'Beredar 30 Fakta Sinis Seputar Manohara', mungkin akan menggerhanakannya pula? Lihat blog ini http://www.filmpendek.com/beredar-30-fakta-sinis-seputar-manohara/3186
Lebih riuh lagi masa sekarang menjelang pemilihan Presiden. Adakah disengajakan? Siapa sebenarnya yang untung? Adakah memberi kesan kepada politik Malaysia? (AK)
5 comments:
Cerita Manohara cerita benar saudara ku. Ini bukan konon nya dan ia memalukan Malaysia.
Kenapa kerajaan Malaysia diam sahaja?.
salah jika kita salahkan malaysia. tapi salahkan saja kerajaan mereka. orang malaysia tidak bersalah. bagaimanapun kita hanya dengarkan cerita dari manohara saja. kita tidak boleh dengar cerita dari sebelah pihak. kedua-duanya harus kita dengari dahulu. baru adil tidak gitu.
lihatkan saja kes altantuya, bisa belum habis lagi hingga sekarang. itu juga kerajaan malaysia diamkan.
Tumpang Lewat Ya Pak Hashim...
Mohon maaf berkali-kali sama rakyat Indonesia semuanya. Sebenarnya masalah ataupun kasus Manohara ini ngak lebih dari masalah rumahtangga aja. Masalah antara isteri dan suami tapi kok ramai orang Indonesia itu memberikan perhatian yang extra pada kasus ini. Ngak lain kerana Manohara ini artis, Manohara ini selebritis. Kalo mau ikutkan masalah yang seperti ini banyak dong. Para TKI juga yg WNI juga ada masalah seperti ini malah dibiarin aja. Jgn bilangin WNI mau prihatin , tetangga sama famili aja ada yg cuek. Sebetulnya masalah ini kita jangan libatkan negara dong. Masakan hal yang sekecil ini mau dibesarkan. Masih byk ruang yang bisa kita andalkan antara Malaysia & Indonesia. Nasihat ku cuman satu ! Kita ngak perlu repot hal-hal yang semacam ini.
Untuk Anonymous pertama.
Ya saudaraku.. 'Konon' ertinya 'mengikut cerita'. Bagaimana nak dikatakan cerita yang kita dapati itu benar, sedangkan kes ini belum dibawa dan diadili di mahkamah? Kedua-dua pengaduan perlu perlu diperolehi, seperti pandangan Anonymous kedua.
Mahkamah pula, adakah mahkamah Islam? Kalau mahkamah Islam, orang yang berhubungan awal sebelum kahwin yang tidak mengikut peraturan Allah, bagaimana hukumnya? Bagaimana dengan saksi-saksinya? Kalau mahu benar-benar adil menurut mahkamah Islam kena ada negara Islam.
Nak tegak negara Islam, kena sokong perjuangan atau parti Islam.Inilah sebenarnya perjuangan asas kita! Inilah sepatutnya yang perlu bersungguh-sungguh kita bela. Kita kena check diri kita, sejauh mana kita sudah membela keadilan dan kebenaran melalui tertegakknya sebuah negara Islam?
Kita kena jelas mana perjuangan pokok, mana perjuangan cabang. Teringat saya kepada kisah seorang yang dianggap 'tidak cerdik'mengadu kepada gurunya. Gurunya membawa dia di depan sebuah tembok.Diambilnya arang hitam, dititikkan pada tembuk yang putih itu.
"Apa yang kamu lihat di depan kamu ini?" Tanya guru itu menguji kecerdikannya.
"Satu titik hitam!" Jawabnya.
"Ha! Itu sebabnya kamu dianggap tidak cerdik.." Jelas gurunya."Kerana kamu hanya nampak titik hitam yang halus, sedangkan tembuk besar terpampang di depan mata kamu, kamu tak nampak!!"
'Kita ngak perlu repot hal-hal yang semacam ini.'Pinjam kata-kata Qarie Afifi di atas.
Sekian,hanya sekadar berpolimik.. Wassalam.
Benar juga kata-kata Pak Hashim...
Post a Comment