Hassan, Samad Said terima Anugerah Pejuang Bahasa PAS
SHAH ALAM: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hassan Ahmad menerima Anugerah Pejuang Bahasa yang disediakan PAS.
Hassan juga merupakan Pengerusi Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP). Samad pula merupakan Penasihat GMP. PAS turut menyokong usaha memansuhkan PPSMI. Ini kali pertama PAS menyediakan anugerah tersebut.
Kelmarin, Samad turut mendeklamasikan sajak pada sesi pembukaan Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-50 di Gombak. Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik berkata, parti itu mengadakan anugerah bagi mengiktiraf perjuangan mempertahan dan memartabatkan bahasa Melayu. (AK)
1 comment:
Pejuang bahasa di kalangan ahli PAS takde anugerah khas ke?
Post a Comment