Saturday, June 27, 2009

Michael Jackson, Mengapa Tiada Kisah Beliau Masuk Islam?

Ribuan peminat tangisi pemergian 'Raja Pop' Michael Jackson

GARY, Indiana: Ribuan peminat berdoa dalam satu bulatan di depan rumah Michael Jackson dan ratusan lagi membanjiri di bahu-bahu jalan sebaik saja mendengar berita kematian Raja Pop.

Ada yang meletakkan patung beruang dan jambangan bunga ros di serambi rumah tempat Jackson membesar yang kini tidak didiami.

Jiran-jiran berdekatan juga datang berkumpul menyalakan lilin dan merakamkan mesej takziah kepada Jackson.

"Saya perlu datang ke sini kerana saya akan menangis sekiranya duduk di rumah saya," kata Wyatt Puryear, seorang pemandu trak dari Gary.

Puryear mendakwa dia menamakan anaknya, Michael, sama seperti nama Jackson yang meninggal dunia pagi tadi Los Angeles pada usia 50 tahun.

"Saya membesar bersama dengan Michael Jackson," kata Puryear, 38. "Sejak kanak-kanak, saya menari dan menyanyi sepertinya."

Bernetta Galloway dari Gary berkata, dia terus pergi ke rumah Jackson dari pejabat doktornya sejurus mendengar khabar sedih tersebut.

Galloway, 50, memberitahu penduduk setempat di situ berbangga dengan Jackson kerana dia "berasal dari Gary yang telah merobah kehidupan mereka".

Jackson dilahir di Gary pada 19 Ogos 1958 dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan anak. Dia berumur 11 tahun ketika keluarganya berpindah dari bandar itu selepas The Jackson Five merekodkan album pertama pada tahun 1969. AP

BERITA TERDAHULU

Dunia hiburan hari ini digemparkan dengan berita kematian penyanyi yang digelar "Raja Pop" Michael Jackson awal pagi tadi (waktu malaysia). Jackson, 50, bintang yang penuh sensasi dan kontroversi dan digelar “Raja Pop” merupakan satu ikon dan selebriti terkenal di dunia.

Kemasyuran Jackson pernah menjunam dan nama dia jatuh dari takhta berikutan skandal-skandal pelik yang dilakukannya.

Menurut satu sumber, Jackson meninggal dunia di hospital Los Angeles. Punca kematian Jackson dilaporkan sebagai serangan sakit jantung.

Jackson yang tidak bernafas apabila pasukan paramedik Jabatan bomba Los Angeles menjawab panggilan telefon dari rumahnya di Los Angeles kira-kira 12:30 tengahari waktu tempatan (1930 GMT), beritahu Kapten Steve Ruda kepada Los Angeles Times.

Pasukan paramedik cuba untuk merawat dia dan membawa dia ke Pusat Perubatan UCLA, jelas Ruda kepada media.

Capt. Steve Ruda berkata, anggota paramedik cuba menyedarkannya semula dan membawanya ke Pusat Perubatan UCLA.

Ratusan orang ramai berkumpul di luar hospital setelah mengetahui penyebaran berita kematiannya. Pintu masuk kecemasan di pusat perubatan UCLA yang berdekatan dengan rumah sewa Jackson telah di tutup dengan tali oleh pihak polis menggunakan pita polis.

Di New York Times Square, keadaan yang lengang menjadi kecoh dengan kehadiran orang ramai apabila berita kematian Michael Jackson dipancarkan di skrin, dan orang ramai mula menyampaikan berita kematian penyanyi kesukaan mereka itu kepada rakan-rakan melalui telefon bimbit.

Kematian Jackson membawa kepada satu pengakhiran tragis yang panjang, aneh, dan kadangkala kejatuhan palsu kariernya pada 1980-an. Penyanyi ini berjaya dikenali apabila lagu 'black and white' yang telah memecahkan halangan dalam perkauman di MTV, mengungguli carta-carta dan menyerlah di persembahan pentas.

Albumnya pada tahun 1982 yang turut menampilkan lagu-lagu hit seperti 'Beat It, Billie Jean dan lagu-lagu yang lain telah kekal sebagai album yang paling laris sepanjang masa dengan lebih 26 juta salinan terjual.

Pada 2005, dia telah dikenakan tindakan atas mencabul seorang pesakit kanser yang berumur 13 tahun di Neverland pada 2003. Dia juga telah dituduh mencabul seorang budak lelaki dan kes itu menjadi punca kejatuhan pada kerjaya dan imejnya malah dia telah menghadapi masalah kewangan yang serius.AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa tiada berita mengenai kisah beliau masuk Islam?


13 comments:

A Mum Of Three Mohd said...

Salam Ibnu Hasyim,

Berita dia masuk Islam ada kuar dulu tapi tak ingat dalam akhbar mana. Tapi akhbar kuar negeri ada berita tu....

peminat MJ said...

byk berita beliau masuk Islam, semasa abngnya memberi ucapan haritu pun abangnya ada mendoakan diakhir ucapan 'May Allah bless u Michael'.

Ibnu Hasyim said...

Apakah tiada berita MJ masuk Islam ini suatu rancangan supaya berita itu tiada menguntungkan Islam? Itu persoalannya...

HeroHuruHara said...

Ibarat kaca menusuk qolbu pembaca majoriti non-muslim seluruh dunia..sekelip mata Mikael aka Jacko akan dilupakan dan dibenci jika berita menganuti Islam tertulis bersama berita kematian allahyarham.

Anonymous said...

Berita jika beliau Islam akan menjadi satu bonus kepada umat Islam.
Itu media Yahudi dan fanatik Kristian tidak mahu lihat.

Anonymous said...

Ini pautan laman web yang berkaitan
http://www.religionnewsblog.com/17555/michael-jackson-islam

http://www.religionnewsblog.com/22948/michael-jackson
http://umarlee.com/2009/06/26/was-michael-jackson-a-muslim/

Mungkin ini boleh membantu???

Ieda Iar said...

sbenar2nye..dy dh sah sbgai saudara baru..di sbb kn lingkungan MJ ialah non muslim..
sbb tu dy xnak mengisahkn perihal agama..dy mmg hebat..sbb dy tau mcm mn nk asingkan hal peribadi & kerjaya nya..
dy pn slalu jd mngsa khianat org yg x berpuas hti dgn kerjaya dy,
sbb tu bnyk kontrovesi yg mengait2kn dy..pencabulan yg dkaitkan dgnnye..lbih kpd nk mnjtuhkn dy,bnda mcm ni..kdg2 bkn dy je yg kena..tp yg psti..
dy mmg 1 bntang yg xde 2 nyer..
ade hikmah di sbalik ape yg berlaku..dn perginya dgn rahmat allah..al-fatihah~

wan salmah said...

Salam,
saya harap saya cara jenazah dia disempurnakan, disemadikan secara Islam dan menjadi iktibar kepada pihak3 lain. semoga masa itu adalah tokoh2 Islam yg sudah establish seperti Yusuf Islam mengambil berat tentang kebajikan beliau.
Perkara ini memang ditakuti berlaku kerana bimbang populariti Islam akan menyerlah dan membimbangkan pihak2 lain.
siapa tahu akan lahir hikmah untuk kita semua nanti.

Anonymous said...

Kalau benar dia masuk Islam,naper masa Live TV pada selasa lalu tidak menunjukkan cara Islam.Malah ia telah menjadi persendaan oleh agama lain didalam internet.Tetapi ada media menyatakan keranda tersebut kosong kerana tidak dibuka pada umum.

Anonymous said...

Kalau benar dia masuk Islam,naper masa Live TV pada selasa lalu tidak menunjukkan cara Islam.Malah ia telah menjadi persendaan oleh agama lain didalam internet.Tetapi ada media menyatakan keranda tersebut kosong kerana tidak dibuka pada umum.

Anonymous said...

karier michael berada d puncak pd tahun 1980an bknnya jatuh sprti yg d tulis dlm artikel ini...album michael yag terlaris sepanjang zaman ialah 'Thriller'.jumlah unit jualan rekodnya belum dpt d pecahkan sehingga kini.

O ya..saja nak kongsi dgn persoalan 'adakah michael Islam'? kepada sesiapa yg telah menyaksikan apa yg dikatakan 'movie' terakhir michael (rakaman rehesal utk konsert d arena 02 london) baru2 ini yg berjudul 'This is it'...terdpt satu babak yg memaparkan michael memberi semangat kpd para krewnya sambil berkata 'God Bless U' dlm masa yg sama michael melakukan 'crossheart'(tanda salib).

Anonymous said...

andai btol dye seorang muslim..
smoge Allah mengampunkan dosa MJ dan dose2 kite..

Anonymous said...

MJ did not convert to Islam, dumbass.

That's the fact.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails