Friday, June 05, 2009
Nurida kekal ketua Muslimat, Tewaskan Asiah, Adik Mustafa Ali..
SHAH ALAM, Jun 4, 09 Nurida Mohd Salleh berjaya mengekalkan jawatan ketua Dewan Muslimat PAS manakala timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan tumpas kepada muka baru. Nurida mendapat 136 undi manakala pencabarnya Asiah Ali adik Mustafa Ali (pimpinan PAS) mendapat 100 undi.
Manakala Siti Zailah Mohd Yusof mendapat 142 undi untuk menewaskan Wan Hasrina bagi jawatan timbalan ketua. Wan Hasrina mendapat 90 undi. Jawatan naib ketua sebelum ini telah dimenangi tanpa bertanding oleh Mumtaz Md Nawi.
Manakala 12 orang yang terpilih ahli jawatankuasa kerja Muslimat ialah Wan Ubaidah Omar (196), mastura mohamad (173), halimah ali (173), Aiman Athirah al Jundi (162), Najihatussalehah Ahmad (158), Siti Mariah Mahmud (156), Rosni Adam (155), Azizah Khatib Mat (147), Salbiah Abd Wahab (147), Nurul Huda Yusof Rawa (135), Wardatul Jannah as Sofea (125) dan Fatimah@Zainab Ibrahim (122).
Jawatan pengerusi tetap pula dimenangi oleh Nor Hashimah Deraman yang mendapat 154 undi, menewaskan Noraini hussin yang mendapat 81 undi. Jawatan timbalan pengerusi tetap pula dimenangi Wan Hamidani Wan Ahmad yang mendapat 162 undi, menewaskan Faizah Ismail yang mendapat 72 undi.(2MA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment