CATATAN PERJALANAN: MYANMAR 1
Salah sebuah masjid di pekan 'Pulau Dua' atau 'Victoria Point'. Di belakangnya macam nenara masjid juga, tetapi rumah ibadat orang Buddha.
Teringat saya tengahari tadi, waktu mula-mula sampai di Pulau Dua atau Victoria Point dalam daerah Kawthoung, sebuah semenanjung Selatan Myanmar. Semasa berada di pejabat imigresen membuat laporan, pegawainya memberitahu.. "Kami terpaksa simpan paspot anda.. dan anda kena tinggal di hotel yang ditetapkan, yakni cuma boleh di dua buah sahaja di sini. Tidak boleh keluar jauh dari kawasan ini (sekitar 3 kilometer sahaja)." katanya.
"Bagaimana kalau saya nak ke Yangon?" Saya tanya.
"Tak boleh.. kena ada visa khas. Kena minta permit profesional. Kena ada jaminan syarikat perniagaan di sini.."
Saya nak jimatkan masa untuk pulang ke Malaysia cepat. "Sebagai pelancung pun tak boleh?"
Dia menggeleng kepala. "Tak boleh!". Tegas tapi tersenyum. Saya pun bayar wang yang ditetapkan 10 AS dolar, lalu pergi, dan selesaikan masalah hotel pula.
"Saya nak melawat saudara-saudara kita yang beragama Islam! Di mana mereka?" Saya tanya seorang pemandu motosikal tambang. Dia seorang Myanmar beragama Islam. Menurutnya, dia berketurunan bangsa Pusto-Myanmar, yang masuk Islam di zaman remaja puluhan tahun lalu berkahwin dengan gadis Melayu warga Myanmar. Dia pernah bekerja di Malaysia dan pandai bahasa Malaysia, dia memilih nama Muhammad Yusof.
"Jom kita pergi ke kampung Melayu 'Dua Batu'!" Sebenarnya batu ke 2, tetapi begitu sebutan orang di sana. Dari pekan itu kami bertolak dengan motosikal melalui jalanraya hingga ke batu 2 itu, kami turun bukit arah pantai menyusup di celah-celah rumah orang Melayu. Macam rumah-rumah tradisional lama orang Kedah. Berselerak, tidak teratur di atas pasir putih pantai. Melintasi beberapa kawasan perigi tempat mandi, ramai wanita-wanita dan gadis sedang mandi berkemban. Macam budaya orang Melayu di Malaysia dulunya. Tak sampai hati saya nak ambil gambar.. malu.
Apabila mereka tahu saya orang Malaysia, ramai-ramai tunggu di muka pintu rumah masing-masing. Belum sempat saya beri salam, mereka beri salam dulu, dengan senyam ajak naik ke rumah. "Mai minum kopi dulu!" kata mereka dalam bahasa Melayu loghat Kedah atau Satun, selatan Thai.
Saya pun singgah di salah sebuah rumah. Rumah itu berbumbung dan dinding dari atap nipah. Makin ramai yang datang berkumpul. "Ada berapa rumah orang Melayu di sini?"
"Kira-kira 100 buah.. Semuanya Melayu beragama Islam! Hidup ikut budaya orang Melayu. Ajak la kawan-kawan dari Malaysia mai jenguk-jenguk tenguk kami ni!" Jawabnya.
Saya tanya lagi, "Banyak ke lagi kampung Melayu macam ni di Pualau Dua ni?"
"Lebih dari sepuluh kampung!". Begitulah mesranya mereka.. kerana bertemu sesama Islam yang berjauahan dan satu turunan pula. Akhirnya kami berpisah.
"Jom kita ke kampung Melayu yang lain pula. kita jumpa pemimpin dan tok guru mereka pula!" Pelawa Mohd Yusof pemandu motosikal tambang itu.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Pulau Dua Selatan Myanmar
Jun 28,2009. 11.10 pagi waktu Myanmar.
Lihat lagi..
E-Buku IH-12: Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
SEMALAM selepas menulis pemberitahuan mengenai kemungkinan tidak dapat hadir berceramah di Tanjung Karang Selangaor, jam sudah hampir pukul 10 malam waktu Myanmar, kedai internet yang saya guna dah nak tutup. Saya terpaksa keluar dari situ.

10 comments:
Wah.. best2..
Salam Pak Hashim.
Inilah yang ditunggu-tunggu,kisah pengembaraan Pak Hashim bermula kembali.
kawasan semenanjung Tanah Melayu masa dulu memang luas, sampai ke Rundung (Ranong). Bukan macam sekarang yang cuma takat sampai ke sempadan Perlis, Perak & Kelantan jek. Sayangnya, sejarah telah digelapkan & cuba diselindung, sampai banyak nama negeri2 Melayu di kawasan segenting Kra ditukar jadik Bahasa Thai. Contoh, Patani (Pattani), Jalor (Yala), Menara (Narathiwat), Setul (Satun), Merdelong (Phattalung), Bukit (Phuket), Terang (Trang) dan lain2 lagi...
Ada banyak blog yang cuba menghuraikan sejarah sebenar nih. Antara yang popular, sejarahnagarakedah.blogspot.com. boleh semak & baca sendiri...
Sememangnya Burma/Myanmar dulu kawasan Melayu. nama tempat di Maynmar, Mandalay, merujuk kepada Raja Mandalika, Maharaja Siam yang catatan Batu Bersurat tentang Baginda dijumpai di Terengganu. Baginda mengalahkan Kerajaan Tenangsari dari Puak Burma dan mendirikan Masjid Papan di sana. Baginda juga dikenali sebagai Rama Tibodi I di Siam dan Sultan Mad Zaffar Syah di alam Melayu.
Raja Melayu terakhir di Myanmar adalah Maha Dammaiyaza dari Kerajaan Toung Oo (Bermaksud 'Padang Luas'). Akibat diserang, baginda terpaksa berundur ke pusat Kerajaan Siam di Ayuthia dan di sana, baginda digelar Boromoraja Ekathaat V. Sekali lagi diserang, baginda kembali ke Nambang Ligor yang ketika itu masih lagi dalam wilayah Kedah. Di sana, baginda menggunakan nama asal iaitu Khalifah Syarif Abu Bakar Syah, dan bagindalah Raja Siam yang dikatakan memerintah Kedah dari Ligor. Selepas serangan tersebut ke atas Ayuthia, barulah bermulanya era Siam diperintah oleh Raja2 Buddha bermula dari Phra Taksin dan disambung oleh Dinasti Chakri dengan Raja pertamanya, Rama I @ Buddha Yodfa Chulalok.
p/s : Tuan Haji Ibn Hashim maklum ke tentang sejarah realiti ni?
saya salah seorang bangsa melayu myanmar..sekarang sudah dapat kerakyatan malaysia..banyak lagi kampung melayu yang saudara tak pegi di sana contohnya teluk nipah,teluk besar teluk cina,mek puteh,sepuluh kayu/papan..orang hilir banyak yg cakap melayu kedah..selain tu orang melayu yang cakap siam loghat tengah.
Kedatangan Orang Melayu khususnya Orang Kedah kesini adalah ketika kemuncak Empayar Kedah di Zaman Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II merupakan Sultan yang memerintah negeri Kedah,pada tahun 1710 hingga 1778[1].....Empayar Kedah ketika itu meliputi Segenting Kra hingga ke Pulau Pangkor ,Perak ...dari Pulau Sembilan(Ko Samilan).Tanah Seri(Tenasserim/Selatan Burma/Myanmar sekarang ni ) turun hingga ke Rundung (Ranong),Salang, Bukit(Phuket),Punggah(Phangnga),Ghraibi(Krabi),Trang,Setoi(Satun),Perlis,Kedah,P.Pinang/S.Perai, Perak Persisiran Krian-Taiping,Pantai Remis,P.Pangkor dan Pulau Sembilan
.....indah ya..
menariknya Sultan Muhammad Jiwa sendiri sentiasa dibimbing dan dinasihati ulama sejak sebelum jadi Sultan lagi....hingga baginda ini merantau mencari Ilmu ke Sumatera,India..hingga gurunya sendiri tak tahu bahawa beliau adalah putera Raja.....
http://ibnurusydi.blogspot.com/
salam kenal sobat, info sangat menarik
Salah seorang Putera Qenthura pernah mengembangkan Ajaran Ibrahim di Bima/Burahma, Agama yg mengesakan Mahapencipta, bukan menyemba patung mahupun berhala. Di zaman Srivijaya Ajaran Ibrahim disebut Brahma dan berpusat di Burhama/Burma sempena nama Agama Brahma. Srivijaya mengamalkan sistem 1 Ratu Agung, 1 Maharaja dan 1 Raja daratan diikuti 4 Raja Kecil di 4 buah pulau...kini Sumatera, Jawa, Sulawesi dan Kalimantan.
No telefon sekarang, pakai no ni..
Ibnu Hasyim 0142225865
Post a Comment