Saturday, June 13, 2009

Pattani: Perjuangan Bersenjata Diteruskan...

JENDELA GLOBAL

Ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak.. Kerja siapa?

Melihat mayat mangsa serangan..

Melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat. Tandanya 'Mati Syahid'...

Keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak.

KETIKA Abhisit Vejjajiva melawat Putrajaya dan cuba meyakinkan Malaysia bahawa kerajaan Thailand telah mengubah sikap dan cuba berbaik-baik dengan anak jajahnya Patani Darussalam. Di samping itu pihak tenteranya telah menjalankan kerja ganas yang menjadi kebiasaan harian mereka. 10 orang penduduk Kampung Air Tempayan, Bechah Airong(choairong) telah dibunuh dan lebih sepuluh lagi cedera parah ketika mengadakan solat jemaah Isya didalam masjid dua hari yang lalu.

Walaupun mereka cuba mereka-reka cerita mengatakan para pejuang yang menembak orang sendiri tetapi masyarakat tempatan dan seluruh umat Islam Patani dengan jelas mengetahui bahawa tentera penjajah Thailah yang melakukan pembunuhan beramai-ramai itu. Kekejaman saperti ini adalah routin harian mereka apabila mereka kecewa tak dapat membalas tindakan pejuang-pejuang keatas tentera mereka.

Kejadian ini adalah menjadi satu lagi bukti bahawa penyelesaian dan kedamaian yang dilaung-laungkan oleh penjajah Thai adalah satu sandiwara lapok yang sentiasa dimainkan untuk mengeliru dan membohongi pentadbiran Malaysia, Indonesia dan OIC. Dan penerima-penerima ini sentiasa mempercayai drama Thailand itu. Persidangan OIC baru sahaja selesai di Damascus, Syria dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti (apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan dunia ini akan menyelesaikan masaalah mereka.

Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi. Kenapa harus kita percaya pada OIC yang telah memberi ruang kapada penjajah Siam sebagai taraf pemerhati sedang umat Islam Patani dianak tirikan?

Pembunuhan kejam keatas umat Islam di Masjid Al-Furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai. Perjuangan bersenjata akan di teruskan dengan bergantung pada pertolongan Allah SWT semata (kerana negara jiran hanya berminat untuk mengorek minyak dan gas Patani sahaja). Jika peristiwa ini tidak menjadi pembuka mata kapada pentadbiran Malaysia dan Indonesia maka peluang untuk membantu ugama dan anak bangsa sendiri akan terlepas untuk jangka masa yang lama. Ini bukan amaran tapi satu peringatan ulangan!

Kesediaan untuk berunding bukan bermakna mesti mengadakan gencatan senjata. Kerana jika kita berurusan dengan penjajah Thai perjanjian adalah menjadi alasan untuk mereka berbohong. Ketika Sorayud (kerajaan kudita yang lalu) mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau telah menangis didepan rakyat Patani dan meminta maaf diatas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tabal (Takbai) dan masjid kerisik 2004. Beliau juga berjanji untuk menyiasat dan membawa ke pengadilan keatas orang-orang yang bertanggung jawab mengarah pembunuhan tersebut.

Tetapi pada 29 hb Mei 2009 mahkamah awam di Senggora telah memutuskan bahawa tidak ada siapa-siapa pun yang bersalah dalam peristiwa pembunuhan Tabal dan masjid kerisik. Beginilah caranya penjajah Siam mempermainkan dunia luar terutama OIC dan pentadbiran Malaysia. Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal. Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap. Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan.

Untuk memburukan lagi suasana mungkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini. Untuk pengetahuan pembaca dari luar Patani. Tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang. Wang ini kebanyakannya di songlap oleh jenderal-jenderal berkenaan. Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit didunia. Kalau dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestin mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab, seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat.

Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong.Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insiden nya sekarang lebih intense dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri saperti Malaysia,Indonesia dan Brunai Darusssalam. Tidak di sokong oleh Negara-negara Islam dunia kecuali satu dua simpati. Bahkan kalau di Malaysia sebahagian pejuang dilayan mengikut selera dan arahan penjajah Thai. Sudah banyak kali peristiwa penangkapan pejuang-pejuang Patani yang dijalan kan atas kerjasama Polis Malaysia dan polis Thai.

Beberapa orang pejuang saperti assyahid saudara Tengku Ismail dan Assyahid saudara Nasir yang ditangkap dikediaman mereka diMalaysia dengan kerjasama Polis Malaysia dan bila masuk ke bumi Patani sahaja di bunuh dengan kejam. Kemudian pihak penjajah Thai meletakkan senjata disisi mereka untuk ditonjolkan pada peti talivisyen. Wahai umat Islam dimana sahaja berada.Percaya lah ‘bila Allah melarang kita mengambil orang-orang kafir sebagai kawan dengan meninggalkan saudaraIslam maka jika kita melanggar perintah ini tunggulah balasan Allah!'

Ini seruan jihad fisabillillah. Bukan sahaja untuk Patani bahkan untuk umat Islam yang masih dibelenggu kegelapan. ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD.

Demikian pandangan dari http://patanikini.wordpress.com/ Seterusnya lihat detik-detik peristiwa.. 'Saya hanya ingat mati' daripada Ismail Mat ismailmat@bharian.com.my '12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak'

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu. Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat. Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang. "Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu. Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.. Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam. "Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu. Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu. "Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.

Sementaraq itu di Kuala Lumpur, PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand. Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut. "PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.

Beliau juga menjelaskan juga, PAS bersedia memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan.(Pelbagai sumber, 2MA)

1 comment:

Anonymous said...

buy cheap cialis - cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#wsidw buy cialis online

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails