JAKARTA: Indonesia kemungkinan menghentikan seketika penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas seorang pembantu rumah Indonesia dilaporkan didera baru-baru ini, menurut agensi berita Indonesia, Antara.
"Kami kemungkinan menghentikannya (penghantaran pembantu rumah) sementara waktu. Namun sebelum itu, kami akan menjemput menteri-menteri dan pihak-pihak berkenaan bermesyuarat pada 23 Jun bagi membuat penilaian awal," lapor Antara yang memetik kenyataan Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Erman Suparno semalam.
Beliau berkata, antara yang dijemput menghadiri mesyuarat tersebut adalah menteri mengenai pemerkasaan wanita, menteri luar negeri, menteri undang-undang dan hak asasi manusia, menteri dalam negeri, ketua polis dan duta Indonesia ke Malaysia serta wakil-wakil Malaysia.
Berkata A.Kadir Jasinhttp://kadirjasin.blogspot.com, antaranya...
"Ini adalah reaksi kepada berita yang tidak putus-putus mengenai majikan jahanam yang menyeksa, merogol dan memperdaya pembantu rumah Indonesia mereka. Saya setuju kalau pemerintah Indonesia melaksanakan ancamannya itu. Malangnya bagi kita di Malaysia, kerana beberapa kerat haiwan bertopengkan manusia yang membuat najis habis semua rakyat jelata kita yang baik budi terpalit. Nama Malaysia dan rakyat jelatanya menjadi busuk kerana perbuatan beberapa kerat haiwan bertopengkan manusia ini. Mereka ini sebenarnya tidak layak menjadi majikan. Tetapi dek kerana mereka orang kaya atau berada maka mereka mampu mengambil bukan seorang, tetapi ramai pekerja asing yang mereka layan umpama khadam.
Pemerintah kita boleh buat bodoh. Boleh kata ini hanyalah kelainan bukan kebiasaan. Atau pemerintah kita mengotakan ikrar mengenai sejahtera, aman dan makmur. Kalau pemerintah kita, seperti diulang cakap oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, akan menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu, maka dia dan Kabinetnya pasti masih ingat bahawa sejahtera, aman dan makmur adalah ikrar parti Barisan Nasional. Haiwan yang bertopengkan manusia ini wajib dihumban ke dalam penjara dan diharamkan daripada menjadi majikan. Polis, pendakwa raya dan hakim tidak boleh berlembut lagi. Berikan mereka hukuman maksimum."
Ini satu lagi kegagalan projek BN dalam melaksanakan janji-janji dalam manifestonya. (Sumber: Berita Harian, The Scribe A Kadir Jasin dll)
1..Ibnu Hasyim: Masalah Pembantu Rumah Asing... Dr Siti Mariah
2..Ibnu Hasyim: Masalah Pembantu Rumahtangga, Suatu Pelan Tindakan ...
1 comment:
Isu sebenar ialah isu RM. Mereka yang terlibat hampir semua bukan Melayu.
Yang menghairankan semua, kenapa warga Indonesia sanggup menjadi pembantu rumah bukan Islam?
Mereka sanggup bekerja dengan keadaan memasak dan menyediakan makanan yang mengandungi babi. Membasuh anjing dan menyediakan arak adalah sebahagian dari kehidupan bukan Islam.
Kenapa orang Indonesia yang rata2nya orang Islam sanggup datang dan bekerja dengan majikan bukan Islam?
Jadi secara idak langsung mereka sendiri memilih untuk hidup dalam kediaman yang terang2 bertentangan dengan Islam.
Bagaimanapun mereka yang terlibat dalam merogol dan menzalimi pembantu rumah sebenarnya patut dijatuhkan hukuman rotan TERMASUK pesalah perempuan.
INi kerja gila.Kalau dibiarkan memang patut tak payah makcik Indon datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah.
TERKINI Wanita MCA terang2 menentang keputusan Menteri dalam Negeri yang mahu membenarkan pembantu rumah dari negara Cina..
Kenapa sebab mereka tahu yang datang dari Cina akan terlibat dengan pelacuran dan menjadi perempuan simpanan MELEBIHI dari minat menjadi pembantu rumah.
Post a Comment