Tuesday, June 30, 2009

Petroleum Di BDM: BN Sanggup Susukan Kera ..



KL. Jun 30. Sekiranya Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum mengapa Kelantan disenaraikan dalam Bank Data Malaysia antara salah sebuah negeri pengeluar minyak di negara ini? Berdasarkan kepada laporan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) bertarikh 16 Mac 2009, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Kelantan dalam sektor perlombongan meningkat secara mendadak kepada 22.4 peratus. Sedangkan sebelum itu, sektor berkenaan hanya menyumbangkan sebanyak satu peratus sahaja kepada KDNK Kelantan.

Demikian laporan web Jiwo Kelate. Web itu juga menukilkan kenyataan anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa pada persidangan Dun semalam.. “Ini seolah-olah menggambarkan EPU telah menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak sama seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak.. Jadi mengapa ada menteri menyebut Kelantan tiada hak untuk mendapat royalti minyak,”

Isu royalti petroleum menjadi topik hangat ahli-ahli Dewan apabila Haji Abdul Fatah Harun (PAS – Bukit Tuku) membangkitkan perkara itu berikutan soalan asal ditanya Dato’ Noor Zahidi Omar (BN – Pengkalan Kubur). Menghurai panjang lebar perkara itu Husam berkata, Laporan Band Data Malaysia 2007 pada muka surat 187 secara jelas menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum di negara ini sejak 2004.

Data tersebut menyebut nilai pertumbuhan industri petroleum di Kelantan, Sabah dan Terengganu sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak (37.5 peratus). Manakala nilai ouput (pengeluaran) tiga negeri berkenaan iaitu RM46.8 bilion berbanding Sarawak (RM14 bilion). “Kita menuntut royalti daripada bahagian yang diterima Malaysia kerana kawasan pengeluaran minyak terbabit terletak di lokasi tuntutan bertindih dengan Thailand dan Vietnam. Kelantan tidak menuntut bahagian yang diterima Thailand, sebaliknya agihan diterima Malaysia selepas pembahagian dibuat antara tiga negara,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Mustapa Mohamed dilaporkan memberitahu kerajaan Kelantan tidak berhak menuntut bayaran royalti minyak dan gas kerana hasil petroleum itu diperolehi di kawasan bertindih. Malaysia dan Thailand menandatangani perjanjian persefahaman pada 1979 berkaitan kawasan pembangunan bersama (JDA) yang diteroka kedua-dua negara.

Malaysia dan Vietnam juga bersetuju mengusahakan secara bersama cali gali minyak di kawasan berkenaan. Husam berkata, sekiranya kawasan pelantar carigali minyak dan gas tersebut terletak di sebelah Thailand sudah tentu pelantar tidak dinamakan dengan nama Melayu iaitu Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen.

“Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion.. Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar,” ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, kerajaan pusat sewajarnya membayar royalti sebanyak 5 peratus setahun seperti termaktub di bawah Akta Petroleum yang dianggarkan melibatkan sebanyak RM850 juta sehingga RM1 bilion sejak 2004 sehingga sekarang. Beliau juga berkata, Kelantan masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya kerajaan pusat bagi membayar royalti petroleum tersebut.

Menurutnya biar pun ada cadangan supaya tuntutan itu dibuat melalui perundangan, namun kerajaan negeri masih memilih menggunakan kaedah rundingan. “Kita berharap ketua pembangkang di Dun Kelantan, Dato’ Md Alwi Che Ahmad membantu menyelesaikan tuntutan tersebut. Sekiranya ia menjadi kenyataan hasrat Adun Paloh, Dato’ Nozula Mat Diah untuk mendapat kenaikan elaun boleh dipertimbangkan,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Satu bukti lagi bahawa BN tidak bercita-cita untuk membantu orang Melayu-Islam, hanya kerana menyokong pembangkang.. Sunggup menyusu kera di hutan anak sendiri ditinggalkan! Jadi, isu Kerajaan Perpaduan sebenarnya adalah strategi lapok BN untuk menyekat kebangkitan orang bukan Islam menyokong pembangkang. Nabi SAW berpesan supaya jangan dipagut ular 2 X dalam satu lubang. (2MA)

Sila lihat..

Thursday, June 18, 2009

1 comment:

Anonymous said...

Politik jer lebih husam musa ni. Padahal bukan dia tak tahu bahawa pelantar minyak tu jauh dr negeri kelantan. Ukuran sempadan utk kelantan layak terima royalti saya ni bekerja dipelantar minyak, Bila kita berada disana kita tak kira pun ikut negeri. Kita bekerja sebagai sebuah negara dgn berbilang kaum. Tak wajar pun nak tuntut royalti sb sempadan bertindih. Pelantar pun dlm sempadan thailand. Saya tak fikir pun husam musa naik bot sampai ke pelantar yg jauhnya 180km. 3 hingga 4 hari baru sampai dgn FCB. kalau supply bot mungkin 6 ke 7 hari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails