1..Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional.
2..Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
3..Serah pada parti. - Datuk Mahfuz, Dr Hatta, Dr Mujahid, Dll.
4..Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.
Ya, saya setuju. Kekalkan begini.
ReplyDeleteSaya terbaca yang Ustaz Nasaruddin pernah belajar lanjutan dalam pengajian Islam di negara Barat, belajar perkara lain tak pa lah. Mana keberkatannya kalau berguru dengan Professor kafir sekadar nak dapat Master dari universiti bolehlah. Tunggulah kehancuran. Ada ustaz-ustaz lain yang berangan-angan nak belajar Islam lanjutan kat negara barat, baik ghetikan sahaja. ATAU BELAJAR MENJADI ALIM TENTANG AGAMA DENGAN NIAT UNTUK MENGAJAR UMAT MANUSIA MENGENAL ALLAH ATAU DIRI SENDIRI,NAIK PANGKAT ATAU BLAH BLAH… Silap niat Allah kan tarik keberkatan ilmu itu. APALAH PERWAKILAN PAS SILAP PANDANG PADA SESEORANG, ILMU AGAMA DI AMBIL DARI MANA.
ReplyDeleteWahai hanif yang tak sekolah, ko ingat belajar kat negara barat tu belajar dengan orang kapir ke?
ReplyDeleteMemang ada profesor agama yang bukan Islam. Tetapi 90% tenaga pengajar untuk pengajaran agama oleh ulama-ulama dari negara Islam seperti KSA, Iraq dan sebagainya.
Buat MA amik musyrif yang Islam la dan yang pakar. DR Yusuf Qardhawi pun mengetuai Maslis Fatwa Eropah. Jangan sempitkan sangat kepala otak tuh.
Labih teruk yang sebahagian belajar kat jordan atau saudi, balik Malaysia tahunya membid'ahkan orang sahaja!!
Ibnu Ali,
ReplyDeleteSaya taklah tak bersekolah, keistemewaan pada pelajar yang belajar dinegara Barat dalam pengajian Islam dan pelajar belajar dinegara Umat Islam dari Alim Ulamak yang ikhlas yang Kerajaan Malaysia berikan jauh bezanya.
Yang saya tahu Negara Barat mengadakan Pengajian Islam di universiti mereka untuk kajian Islam bukan untuk memberikan keilmuan Islam itu sendiri.
Dr Yusuf Qardhawi cuma Ketua Majlis Fatwa Eropah bukan mengaji & belajar di Eropah.
Ibnu Ali kan dari Johor negeri UMNO TOTOK tak malu ke.
UMNO kan DULU KINI SELAMA SESAT DAN MENYESATKAN. Perlukan orang yang standard ilmunya tak ikhlas pada Agama ALLAH
Salam.
ReplyDeleteEloklah sekiranya Tuan Guru Nik Aziz dan 'pengikut-pengikut yang setia' daftar parti baru "PAZ". Parti Akhir Zaman. PAS sudah dijangkiti 'agen-agen pembawa virus berjangkit'. Sedih sekali dengar ucapan Tuan Guru.
aduhh..habis la tiket ker sorga nasha nih.
ReplyDeletePengumuman:
Ade satu lagi tiket ke sorga dijual..siapa cepat dia dapat. jangan lambat2.
Mungkin ramai yang belum/tidak memahami apakah Kerajaan Perpaduan (bukan parti perpaduan). Tuan Guru Presiden menawarkan kerajaan perpaduan apabila PAS mampu memerintah (cek semula ucapan TG.Presiden di muktamar). artinya bukanya sekarang. Penjelasan Ust Harun Taib (lihat Sinar Harian Edisi Timur 18 jun 09 atau http://www.youtube.com/watch?v=ipqc_jq-uaw ) mengenai UG adalah jelas dan selari dengan pandangan TGNA. (UG bukannya perpaduan dgn umno tetapi melibatkan semua parti-parti politik di malaysia dalam membentuk kerajaan).
ReplyDeleteSaya raya respon TGNA terhadap Ust. Nasa perlu dilihat semula. Adakah hanya kerana U. Nasa ingin membawa apa yg dinyatakan oleh PM Najib di parlimen kepada TG Presiden dan mesyuarat parti dan parti akan menentukan keputusannya, menjadi satu kesalahan besar?.
TGNA bebas menyatakan pandangan supaya U. Nasa meletak jawatan jika dirasakan itu dapat menyelesaikan polemik dan mengukuhkan parti. Samalah dgn org lain juga boleh mempertahankan U. Nasa supaya tidak meletak jawatan.
Adapun cadangan supaya U. Nasa masuk UMNO adalah satu nasihat yang tidak boleh diikuti langsung. Adakah keluar dari jemaah Islam dan menyertai parti sekular dibenarkan oleh syarak. Kalau boleh, tidak ada gunanya kita berkempen & dakwah supaya masyarakat kembali kepada Islam dan bersama dengan PAS, sedangkan yg ada seorang /dua itu pun disuruh keluar parti. Bahkan kita berkerja keras juga supaya masyarakat bukan Islam turut bersama dengan PAS.
Apa salahnya, jika betul tindakan U.Nasa satu kesalahan, perkara itu dibincangkan dan dinasihatkan sahaja.
Apakah pernah Rasulullah saw. menyuruh sahabat keluar dari Islam kerana melakukan kesalahan. Sahabat yg membocorkan rahsia perjalanan tentera Islam dlm peristiwa Fath Makkah, kes Kaab bin Malik dan rakan-rakan yg tidak ikut serta dalam peperangan, peristiwa hadith al ifq dan lain konflik dengan sahabat, tidak pernah pun Rasulullah saw. menyuruh mereka keluar dari Islam. Hatta orang-orang munafiq yg sememangnya diketahui oleh RAsulullah saw. juga tidak disuruh keluar dari Islam.
PAS For All