Wednesday, June 03, 2009

Stadium Sultan Mizan, Tahu Nak Runtuh Dari Tahun Lepas, Tapi....



KUALA TERENGGAN: Rabu Jun 3, 2009. BERNAMA melaporkan keadaan tidak selamat pada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dekat sini, yang runtuh semalam telah dikesan sejak tahun lepas semasa pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) ke-12. Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata ketika itu, pasukan komando hendak memasang tali untuk acara pembukaan stadium tersebut, namum membatalkannya kerana bumbung itu bergoyang.

"Saya dimaklumkan, komando tidak berani turun kerana bumbung bergoyang semasa mereka membuat latihan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini. Beliau berkata disebabkan keadaan itu, helikopter telah digunakan bagi menurunkan anggota-anggota komando itu pada malam pembukaan stadium berkenaan 10 Mei tahun lepas.

Katanya bumbung stadium yang runtuh itu panjang serta lebar dan struktur sokongannya tidak dapat menampung berat bumbung tersebut kerana saiznya yang lebih kecil. Beliau berkata sebelum acara pembukaan Sukma, beliau melihat bumbung stadium itu tidak sama rata seolah-olah ada yang tidak betul.

"Saya tanya kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kenapa perkara ini berlaku dan mereka berjanji untuk memperbaikinya selepas Sukma. Itulah perakuan yang diberikan kepada saya," katanya. Bagaimanapun, Ahmad berkata tiga minggu lepas, beliau telah memanggil Timbalan Pengarah Kerja Raya negeri Ghazali Hashim dan melahirkan rasa bimbang terhadap struktur bumbung stadium itu.

"Dua minggu lepas, dia telah menulis surat kepada pihak kontraktor supaya menyemak semula perkara ini. Maka, JKR sebenarnya telah mengambil tindakan terhadap perkara ini (sebelum ia runtuh semalam)." katanya. (AK)

2 comments:

saji said...

1. Bentuk atau style senibina Stadium Sultan Mizan merupakan bentuk generasi baru yang dinamakan tekorganik atau senibina high tech dalam bentuk organik. Di katakan organik, kerana keunikan bentuk bumbungnya yang mempunyai ciri-ciri benda organik seperti awan, kerang, lala, dinasaur, ombak dan sebaginya.

2. Ia merupakan bentuk senibina yang amat sukar, kerana mana-mana arkitek yang ingin mencuba bentuk senibina tersebut perlu memilki kemahiran atau ilmu kejuruteraan struktur rintangan jauh, khasnya jenis struktur bumbung besi melibatkan konsep reka bentuk dan detail sambungan, berdasarkan kepada pangalaman arkitek Renzo Piano, Kuisho Kurikawa dan Santiago Calatrava iaitu tiga arkitek yang menjuarai bentuk teknorganik setakat ini.

Maksudnya, ia dikalangan arkitek yang tidak mengharapkan jurutera dalam teamnya atau subkontraktor pakar struktur rintangan jauh untuk membantunya menghasilkan konsep reka bentuk dan detail-detail sambungan tersebut.

3. Sehingga ini, belum ada stadium yang mempamirkan senibina bentuk teknorganik, melainkan Stadium Sultan Mizan!

4.Manakala konsep struktur bumbung besi rintangan jauh jika dirujuk kepada karya senibina tiga arkitek tenorganik diatas, ia dari jenis konsep 2 end support atau hujung ke hujung menggunakan truss system.

Tetapi, di Stadium Sultan Mizan ia dari jenis konsep yang boleh dipanggil cantilevered shell roof menggunakan space frame syetem.

5. Salahkah jika saya rumuskan dari sudut kejuruteraan struktur rintangan jauh bahawa faktor utama yang menyebabkan bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh adalah disebabkan oleh pemilihan konsep struktur bumbung besi rintangan jauh yang tidak sesuai dengan bentuk senibina teknorganik!

6. Juga, salahkah jika saya katakan bahawa konsep struktur bumbung rintangan jauh yang sesuai bagi stadium tersebut ialah dari jenis steel roof truss system atau jenis yang digunakan oleh arkitek Kurikawa di bangunan KL Sentral!

Anonymous said...

"Salahkah jika saya rumuskan dari sudut kejuruteraan struktur rintangan jauh bahawa faktor utama yang menyebabkan bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh adalah disebabkan oleh pemilihan konsep struktur bumbung besi rintangan jauh yang tidak sesuai dengan bentuk senibina teknorganik!"

Mungkin salah mungkin tidak. Why not bagi suggestion atau explanation lebih about your idea supaya sesuatu yang baik boleh terhasil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails