Monday, June 15, 2009

Ucapan Presiden PAS Di London, Nik Aziz Patut Dipanggil Juga..


LONDON Sunday, June 14 2009.11.`Unity Government', menurut Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan.

Demikian kenyataan beliau di majlis yang terdiri dari berbagai kaum, iaitu Melayu, Cina dan India di Kota London seperti yang dilaporkan oleh Muhaimin Sulam Blogspot.com. Menurut Abdul Hadi, lagi Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.


".. inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka," Tulis blog itu lagi.


Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Tulis blog itu lagi, sebabnya, mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden yang baru bertemu dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew di Malaysia sebelum berangkat ke London, juga menjelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

Lepas tamat majlis, menurut tulisan blog di bawah tajuk 'Suara Hati Ustaz Hadi Di London' itu lagi, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang.

"Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.. Memang ada soalan yang tidak dijawab dan tidak menjawab pertanyaan. Bagi aku itu bukan isu sangat. Aku tak sempat nak sembang meski satu ayat dengan Tuan Guru selepas program tamat. Tapi aku sembang dengan Dr. Shamsuri dan Hj. Asmuni yang datang sekali.. " Jelas penulis blog itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mursyudul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula sepatutnya dijemput ke London bagi memperjelaskan lagi.

Untuk lanjutnya sala layari http://muhaiminsulam.blogspot.com.

(AK)

1 comment:

Anonymous said...

Ulasan dalam laman blog saudara Huhaimin Sulam jelas dan ringkas.
Tuan Guru Hj Hadi tidak menjual PAS demi kepentingan duniawi.
Ramai yang tidak mahu faham bahawa Tuan Guru Hj Hadi sudah masak dengan kerenah dan tipudaya UMNO.
Contoh Perak sudah cukup baik utk semua pendokong PAS kembali bertaut kepada perjuangan ISlam dan menghenti kerja tuduh menuduh sesama pekerja gerakan Islam.
Mungkin mereka yang baru kenal dengan perjuangan PAS tidak faham. Atua kerana terlalu lama dalam UMNO dan susah untuk memahami budaya perjuangan PAS itu sendiri.
Allahu A'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails