Sunday, June 07, 2009

UMNO Macam Kucing -MB Kedah

SHAH ALAM, 7 Jun 2009: Umno umpama kucing ...baik di depan tetapi awas, di belakang kita dia akan curi ikan kita. Kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.

"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan dan pemerhati muktamar. Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni." Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.

"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.(AK)

2 comments:

  1. Kuching juga sejenis makhluk Allah yang disayangi oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.

    Kuching tidak akan berak di atas sejadah, sekiranya tuan punya sejadah mempunyai disiplin diri yang tinggi.

    Kuching akan berak di atas sejadah yang tidak pernah berbasuh atau pun dijemur di terik mentari OLEH PENGGUNANYA...

    ReplyDelete
  2. Kuching juga sejenis makhluk Allah yang disayangi oleh Junjungan Besar Rasulullah s.a.w.