Thursday, June 25, 2009

UMNO Sesat? -Nik Aziz



Lihat berita ini!!

Khamis Jun 25, 2009 Pemuda Umno buat laporan polis kenyataan Nik Aziz

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kirakira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.

Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan. BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Melihat kepada perlembagaan UMNO yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan partinya, maka jelas ia tersesat dari jalan yang lurus menurut Al-Qur'an. Lihat pengakuan dan ikrar kita dengan Tuhan tiap hari dalam sembahyang, seperti yang terkandung dalam Surah Al-Fatihah, 'Jalan Yang Lurus' bukan 'jalan yang sesat'.

Bagaimana pula dengan kerjasama PAS dengan parti gabungan? Boleh, kerana parti-parti itu merestui perjuangan PAS atau parti Islam untuk menegakkan negara Islam. UMNO setakat ini menentang PAS untuk menegakkan negara Islam, dan amat takut kepada perundangan Islam, contohnya dalam menolak hudud, amalan asobiah kebangsaan menjadi dasar parti, rasuah, pilih kasih, membazirkan wang rakyat atau lain-lainnya.

Apakah UMNO sepatutnya disuruh bertaubat dan pengundi-pengundi Manek Urai wajib mengundi PAS? (2MA)

2 comments:

izdar said...

salam... jujur saya katakan saya cukup sedih.. sebab.. semakin orang itu berilmu, semakin bongkak dengan ilmunya, semakin taksub dengan ilmunya.. saya rasa sedih sebab kita saling salah menyalahkan.. entah la.. mungkin sebb umur saya baru 22,dan mungkin saya dikatakan masih mentah, tetapi sementah2 saya, baik2 buruk hubungan sesama manusia saya dah boleh faham.. jadi, pada saya. kalau kita nak menuduh orang, jangan lah keterlaluan.. lebih2 lagi menyatakan orang tu sesat.. so, apa gunanya orng itu memeluk islam?? jadi.. kepada pemimpin.. Ilmu itu mulia, jadi jngan meletakknya pada darjat yg rendah2 semata-mata menyatakan yg kita dalah benar.. tq

pengetuk said...

bukan kita suka2 nak menuduh seseorang itu sesat wahai saudaraku.. tetapi jika seseorg @ pertubuhan itu jelas menunjukkan sikap menentang islam dan tidak berada di jalan yg lurus sprtmana dlm surah al fatihah maka jelaslah dia itu sesat. umno sebuah pertubuhan yg jelas berfahaman sekular dan jelas menolak islam. buktinya pemimpin umno memisahkan islam dgn politik. politik ini adalah suatu sistem pemerintahan negara. jadi jika sistm pntadbiran kita tidak berlandaskan islam maka hasilnya kita dah lihat sekarang. maksiat yg semakin berleluasa, jenayah yg smkn membimbagkan, kadar rasuah dlm kalagn politik yg smkn meningkat. ini disebabkan kita tidak melaksanakan islam dalam pemerintahan. TG Nik Aziz seorg ulama yg warak. beliau seorang ulama dan juga umara. ilmunya terlalu tinggi, amalannya kita tak mampu nak buat. beliau berhujah brdasarkan ilmu yg beliau ada. sapa diri kita ni nak dibandingkan dgn ulama dgn mgatakan pndgan beliau salah? kita jgn salah anggap bhawa seorag ulama tdk boleh brpolitik. di malaysia utk menegakkn islam perlu melalui sistem plhan rya. jd, hukum brpolitik di malysia dah jd kpada wajib dgn bertujuan utk menegakkan islam. sy pun remaja jgk, jd kita jgn cuba nak jumudkan pemikiran kita mengenai politik ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails