Sunday, June 21, 2009
M/Urai: Undi Hari Kerja, Dera Rakyat Sokong Pembangkang?
SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) digesa supaya mengarahkan majikan-majikan membenarkan pekerja-pekerja mengambil cuti pada hari mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan diadakan pada 14 Julai nanti. Seruan ini disuarakan oleh Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah.
Keadaan ini berlaku, katanya berpunca daripada SPR sendiri yang sengaja menetapkan hari pengundian pada hari bekerja. "Kita betul-betul mengharapkan SPR memberi arahan kepada majikan bagi memberikan cuti satu hari," tegasnya seperti yang diberitakan oleh Harakahdaily.net 20 Jun. SPR telah menetapkan pilihan raya kecil itu pada 14 Julai ini dan penamaan calon pada 6 Julai.
PAS akan mengisytiharkan calonnya untuk pilihan raya kecil tersebut pada 26 Jun ini bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat. Pengumuman itu akan dibuat di Manek Urai berdekatan dengan rumah Allahyarham Ismail Yaakub atau lebih mesra di kenali sebagai Pak Su Wei. Jelas beliau lagi.
Ditanya sama ada calon yang akan dimumkan itu memiliki ciri-ciri seperti Allahyarham Ismail, Wan Rahim berkata pemimpin seperti beliau sukar diganti dan tidak boleh ditandingi. Bagaimanapun, beliau yakin calon yang akan diumumkan nanti akan diterima oleh pengundi di Manek Urai.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa SPR memilih pengundian pada hari bekerja? Tidakkah ini menyusahkan rakyat untuk keluar mengundi? Atau sengaja hendak mendera rakyat yang telah memilih parti pembangkang sebelumnya? Minta penjelasan dari SPR. (AK)
Sila lihat berita terdahulu..
1..Manik Urai: Terburai Terurai, T/Kasih MAFREL,..
2..Bagaimana Lawan UMNO? -Wan Abdul Rahim Kelantan
3..Manek Urai: Isu K/Perpaduan Dilawan Dengan Poster ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment