▼
Sunday, June 07, 2009
Wajar Dalami Feqah Politik Islam -Abd Hadi
SHAH ALAM, 7 Jun 2009 - Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan pergulungan beliau menyatakan setiap Muslim sewajarnya mendalami imu-ilmu feqah yang ada dalam agama. Beliau yang berpendapat bahawa mejoriti umat Islam hari ini mempelajari ilmu feqah hanya berlegar di sekitar ilmu feqah, ibadat, muamalat dan munakahat.
'Jarang sekali mereka mendalami ilmu feqah dakwah, apatah lagi feqah Siyasah. Iaitu ilmu feqah yang berkaitan politik Islam yang pernah dilaksanakan oleh nabi s.a.w. dan khalifah-khalifah Islam yang lain selama pemerintahan mereka," luahnya. Tambah beliau yang menyarankan agar Ilmu siyasah seperti ini perlu didalami oleh umat Islam supaya mereka mengetahui cara untuk memerintah sejajar dengan acuan Islam. (AK)
Asalamualaikum,
ReplyDeletePeta yang dikeluarkan dgn software ArcView ni bertujuan untuk memaparkan apa?
Boleh dijelaskan.
terima kasih.
Maaf, hanya hiasan..
ReplyDelete